02 Ogos 2010

Hukum berkait dengan hubungan susuan


20 Syaaban 1431H.
Oleh : Akhisalman.

Persamaan hukum persaudaraan susuan (anak susu, ibu susu, saudara susu, pakcik susu dan lain2) dengan persaudaran darah (kelahiran) adalah dari sebahagian sudut. Bukannya semua sudut.

Hukum yang disabitkan dengan susuan

1. Pernikahan.

Seorang itu diharamkan berkahwin dengan ibu susu dan saudara perempuan susuan. Ini jelas dari Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Dan diharamkan berkahwin dengan perempuan yang menyusukan kamu dan saudara2 susuan kamu..."(23: an: Nisaa)

Bukan sahaja mereka berdua sahaja malah semua yang diharamkan dalam hubungan darah adalah diharamkan dalam hubungan susuan seperti bapa saudara susuan, datuk susuan, ayah susuan dan lain2. Ini berdasarkan hadis berikut:

يحرم من الرضاع ما يحرم من الولادة

Maksudnya: Diharamkan berkahwin disebabkan susuan seperti mana diharamkan dengan sebab melahirkan anak.(Hr Muslim)
2- Boleh melihat tanpa syahwat.

3- Boleh berkhalwat.

Ini berdasarkan hadis berikut:

Aisyah berkata "Aflah bin Qu'ais meminta izin untk masuk berjumpa denganku tetapi aku tidak mengizinknnya. Maka dia memberitahu bahawa dia adalah pakcik susuanku kerana isteri saudaranya telah menyusukanku. Aku tetap tidak mengizinkannya dan aku memberitahu Rasulullah perkara ini bila baginda balik. Rasulullah bersabda:

ليدخل عليك فإنه عمك

Maksudnya: "Benarkan dia masuk kerana sesungguhnya dia adalah pakcik susuanmu." (Hr Muslim)

4- Bermusafir dgn mereka.

Sepertimana diketahui wanita dilarang bermusafir menurut pendapat jumhur tanpa suami dan mahram. Saudara susuan adalah termasuk mahram

5- Wuduk tidak batal apabila bersentuhan diantara kulit seseorang dengan saudara susuannya.
Hukum yang tidak disabitkan dengan susuan

1. Harta pusaka: Hubungan susuan tidak layak menerima pusaka.

2. Kewajipan nafkah: Hubungan susuan tidak wajb memberi nafkah.

3. Wali Nikah: Ayah susu dan seumpamanya tidak boleh menjadi wali nikah kepada anak susuannya.

4. Penjagaan anak (hadanah): Ibu susu tidak diwajibkan menjaga anak susuan.

5. Pembebasan hamba dengan pemilikan hamba: Seseorang itu wajib menebus ayahnya yang hamba jika boleh ditebus. Namun bagi anak susu hanyalah sunat dia membebaskan ayah susuannya yg boleh ditebus.

6. Menanggung bayaran diat: Saudara susuan tidak wajib membayar diat saudara susuannya seperti saudara kandungnya.

7. Gugur bunuh balas: Seorang bapa tidak dibunuh bila dia membunuh anak kandungnya. adapun bapa susuan akan dibunuh apabila dia membunuh anak susuannya.

8. Ditolak penyaksian: Seseorang tidak boleh menjadi saksi kepada saudara kandungnya. Saudara susuan tidak termasuk dalam hukum ini.

Rujukan: ar-Roda3 al-Muharram oleh Abdullah Abdul Mun3im Abdul Latif.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Walaubagaimanapun timbul kesulitan sekiranya tertangkap kerana khalwat... apa rumusan untuk membuktikan dua insan ini satu susuan ibu?