20 Syaaban 1431H
Harakahdaily.
PASIR SALAK, 1 Ogos: Seperti suasana pada awal negara menyambut kemerdekaan dahulu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin terpaksa melalui jalan semak dan berlumpur untuk sampai ke pentas ceramah.
Bukannya jalan yang sedia ada tidak baik, namun setelah negara begitu aman selepas lebih 50 tahun merdeka, beliau terpaksa menghadapinya untuk berceramah di majlis Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Changkat Lada, dekat sini malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, terpaksa berbuat demikian demi keselamatan dan menjayakan program malam tadi setelah polis dan anggota unit simpanan persekutuan (FRU) menyekat laluan masuk ke tempat program.
Akibat melalui jalan tersebut, kasut dan pakaian Nizar basah dan berlumuran lumpur.
"Alhamdulillah, Datuk Seri Nizar dapat bersama kita walaupun terpaksa lalu jalan berselut dan berlumpur," umum pengerusi majlis disambut laungan takbir para hadirin.
Semasa Nizar sedang berucap pula, FRU yang pada asalnya membuat sekatan di jalan masuk, mula bergerak ke pintu depan tapak program untuk masuk ke kawasan ceramah yang dibuat atas tanah persendirian.
Ekoran itu, palang untuk masuk ke tapak program ditutup dan dikunci oleh tuan tanah dan penyokong.
Anngota FRU, bagaimanapun mahu masuk ke kawasan ceramah walaupun tuan tanah meletakkan poster "Hak Milik Persendirian, Dilarang Menceroboh", namun dibenteng lebih 100 penyokong.
Mereka berada di situ sehingga ceramah Nizar selesai kira-kira sejam setengah kemudian.
Terdahulu, Nizar sewaktu memulakan ucapan turut secara sinis membidas tindakan anggota keselamatan itu.
"Malam ini 847 anggota polis, special branch (SB) dan FRU ada bersama kita.
"Selamat datang untuk dengar ceramah dan menjaga keselamatan kami," katanya disambut tepukan oleh lebih 500 hadirin yang hadir.
Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di sini akan berlangsung sehingga lewat malam ini.
Pagi ini, majlis pelancaran akan disempurnakan Nizar, kemudian beberapa kertas kerja akan dibentang sebelun majlis penutup akan disempurnakan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini.
Kemuncak program adalah pada malam ini apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut berceramah di sini.

4 ulasan:
Bismillah,
Semoga Allah rahmati Datuk Seri Nizar utk terus berjuang juga saf kepimpinan PAS dan ahli ahlinya...
SAMA2 KITA TERUSKAN BERJUANG!!!!!!
SALAM,
UMNO MENGAMALKAN DEMOKRASI??? PIIRAH
BETAPA UMNO GILA KUASA DAN TAK SEDAR DIRI...
APA YG UMNO BUAT INI SEBENARNYA MENEMPELAK NASIHAT ROSMAH-NAJIB YG MEMINTA PEMIMPIN2 UMNO BERUBAH SEBELUM REBAH...INI MENUNJUKKAN KATA2 NASIHAT ROSMAH-NAJIB TIDAK DI PEDULIKAN OLEH AHLI2 DAN PEMIMPIN2 UMNO SENDIRI!
KESIAN ROSMAH-NAJIB...NASIHAT SIA-SIA...
NAMPAKNYA UMNO BERUBAH JUGA, TAPI BERUBAH KE ARAH YG LEBIH TERUK...
INSYA'ALLAH, RAKYAT MALAYSIA AKAN MENGAMBIL LANGKAH YG SAMA DGN RAKYAT JEPUN, INDIA, FILIPINA, INDONESIA DAN LAIN2 YG TELAH MENGUBURKAN PARTI2 PEMBODEK DAN TINGGALAN PENJAJAH DI NEGARA MASING2...
UMNO SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI KERANA TERLALU BANYAK MENYUSAHKAN RAKYAT...
PEMIMPIN2 UMNO SENANG LENANG, BERMEWAH-MEWAH DAN BOROS BERBELANJA, GUNA DUIT RAKYAT SANA SINI...SBB UMNO ANGGAP DUIT RAKYAT ADALAH DUIT UMNO.
RAKYAT PULA DAH LA RAMAI MISKIN, KENA BAYAR PULAK SALAH URUS DUIT OLEH UMNO, KRONI & PENCACAINYA...LEPAS TU DI NAFIKAN MCM2...SUARA RAKYAT DI TENGGELAMKAN, HANYA SUARA PEMIMPIN UMNO (YG BODOH) SAHAJA YG TERMUAT DLM AKHBAR2!!!
RAKYAT MALAYSIA DI DAHULUKENA BAYARKAN...
PENCACAI BE END DI UTAMAKAN PROJEK MEMBAZIR...
Jangan risau, pemerintahan umno/bn dah secara langsung membuka berbagai pekongnya. Lagi banyak umno gunakan polis dan agensi-agensi kerajaan lain maka lagi banyak kebenaran akan diketahui oleh masyarakat umum.
Itu le bodohnya umno... manusia tidak boleh sentiasa tertekan atau tak semena-mena ditekan, manusia akan bertindak. Itulah yang terjadi kepada banyak tamadun dunia. Kalau dah dari zaman mahathir rakyat tertekan dan terus ke zaman najib, itu dah boleh dikira cukup lama. Jadi tunggulah nasib kamu umno......dah hampir sangat nazaknya......
Catat Ulasan