13 Syaaban 1431.
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu berbohong.
Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Dr Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.
"Kenyataan Dr Hassan jelas mendedahkan pembohongan seorang mufti seperti Harussani. Pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para Mufti yang ada di Malaysia.
"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Dr Hassan memperjelaskan pembohongan Harussani," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa Harussani tidak membiarkan dirinya terus menjadi pecacai Umno yang sedang tenat dan nazak.
Menurut Mahfuz, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan, amat jelas bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.
"Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Dr Hassan juga menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno," kata Mahfuz.
Harakahdaily/-

7 ulasan:
Hai San, Kalau kamu dah tak ada orang lain nak jumpa selain Mufti Perak, baik kau cari aku, boleh aku belanja teh tarik. Itu lagi bagus dari dimarahi orang. Yang aku tak faham, apa la kau ni suka sangat nak jumpa melaun tu.. heh. Kau ni tak reti fikir panjang
Ni ada pantun nasihat sempena perpaduan Melayu:
Pinggan tak retak,
Nasi tak dingin,
PAS tak hendak,
UMNO jangan naik angin.
Mufti ini pernah buat kenyataan cuba nak lagakan pimpinan pas. Sekarang dia buat hal lagi. Harap ahli pas sedar siapa dia ni sebenarnya. Cukuplah..jangan sampai dia patuk kita buat kali yang ketiga.
Apa salah dato Hassan. Mane dia tau perkara ini akan berlaku. Jgn marah Dato Hassan.Sekurang2nya kite dh tau lepas ni sape Mufti PERAK. Mgkin PR-13 dia dpt merasakan dia dh tak ber gelar Sahibus Samahah apabila PR menagambil alih semula Kerajaan Perak. Dlm PAS byk org ALIM WARA' BERILMU sekira2 setaraf dgnnya maupun lebih lg drnya. Lepas kite bg Mufti kite berehat pulak. Mgkin Dato Zambri ambil jd Penasihat Agama buat Dirinya atau Partinya.
Sekarang kita dah tahu tembelang siapa angkara ini.
Harap2 semua pemimpin kanan kita bermuhasabah.
1. Jangan cepat tembak terburu2 sebelum buat penyiasatan. Kena orang lain batang hidung dan diri sendiri yg merana dipandang hina.
2. Situasi ini memberi ujian dan gambaran jelas kepada semua ahli PAS mengenai sikap, adab dan ilmu yang kita miliki. Tanggapan masing2 semua berbeza tapi sapa yg terlalu emosional...rasa2nya kena kuat beramal lagi dan cek balik solat yang ditunaikan tu. Rasanya ada yang cacat.Kalau Allah SWT tak terima amalan kome ni...boleh ke nak minta kat Allah Taala balik ke dunia nak buat betul2?
3. Buat dua pemimpin yg sentiasa bertegang..... harap2 slow2 la sikit nada melenting tu. Pertentangan seperti ini sebenarnya cukup penting untuk menguji PRINSIP kita tapi...awas... musuh sentiasa mengambil kesempatan.
Fatwa berbohong juga ada rupanya. Barangkali itulah alasan untuk dihalalkan judi dan pendedahan aurat oleh Muslimat di zaman mutahir ini. Dengan lain perkataan fatwa itu dinamakan 'Fatwa Menghalalcara'. Ia juga terpakai untuk menyebarluaskan 'Finah'.
skrg dpt 'tan sri'...pas ni hrp2 dpt 'tun'..wakawaka
Catat Ulasan