26 Julai 2010

PAS Lenggong edar risalah.

Razman sempat berbual dengan bekas gurunya, Cikgu Haji Talha Ismail yang juga bekas ADUN BN selepas sampaikan risalah di Pekan Rabu Luat petang Rabu lalu


13 Syaaban 1431H.
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Lebih 300 pakej risalah isu semasa berjaya diedar/disebar kepada pengunjung-pengunjung Pekan Rabu di Luat dekat sini Rabu lalu, menyaksikan Yang DiPertua PAS kawasan, Haji Razman Zakaria sendiri mengepalai program sepetang itu.

Program anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kawasan Lenggong itu dianggap berjaya kerana mesej dilaksanakan sampai kepada pengundi-pengundi peringkat akar umbi, walaupun pakej risalah untuk petang itu tidak mencukupi.

Pegawai media lajnah berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata program bermula jam 3.30 petang, di mana pimpinan PAS kawasan dan cawangan berkumpul dan menerima taklimat di Surau Ibnu Zakaria yang terletak berhampiran tapak Pekan Rabu itu.

Katanya, taklimat disampaikan oleh Razman sendiri dan diikuti tazkirah oleh Ketua Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan PAS kawasan, Ustaz Mohd Hanafiah Idris.

"Taklimat dan tazkirah, kedua-duanya menyentuh beberapa isu semasa berkaitan isi risalah supaya pimpinan lebih faham permasalahannya sekiranya diajukan soalan oleh penerima risalah.

"Selepas tazkirah pimpinan bersolat asar berjamaah dan apabila Pekan Rabu mulai menerima kunjungan ramai selepas jam 5 petang barulah pengedaran atau penyebaran risalah dilakukan," katanya.

Pegawai media lajnah itu berkata, pengedaran/penyebaran risalah adalah salah satu alternatif menyampaikan maklumat kepada akar umbi selain program-program ceramah yang diadakan setiap bulan di kawasan Parlimen Lenggong.

Tiada ulasan: