22 Julai 2010

PERPADUAN UMNO - PAS, JAWAPAN MUDAH OLEH TUAN IBRAHIM

9 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

SATU kenyataan terbaik dan tegas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tn Ibrahim Tn Man di akhbar Sinar Harian hari ini berkenaan isu perpaduan Umno - PAS.

Cadangan diadakan orang tengah bagi menemukan PAS dan Umno ditolak mentah-mentah oleh Naib Presiden PAS tersebut yang menyebut bahawa bukan isu orang tengah, tetapi isunya PAS menolak dasar Umno yang sekular itu. Noktah.

Itu barulah dikatakan Naib Presiden PAS yang tidak memerlukan isu tersebut dibebankan ke atas Mursyidul Am PAS sahaja. Tahniah kepada beliau. Takziah juga kepada Umno.

Mungkinkah selepas ini pemimpin Umno akan `mengigau' lagi untuk bersama PAS? Kesihan juga kita dengan parti sekular berkenaan yang masih teraba-raba mencari kawan. Cukuplah kawan yang mereka ada di dalam Bn itu walaupun mereka nampaknya tidak berminat untuk membantu Umno yang semakin tertekan sekarang.

Umno semakin dijauhi selepas ini samada oleh rakan mereka sendiri dan juga oleh golongan yang tidak berparti. Ini adalah kerana gara-gara ketidak cerdikan Najib mengurus negara yang membuatkan rakyat menjadi mangsa. Kenaikan harga barang yang baru diumumkan oleh Najib adalah satu kesilapan besar buat Najib.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ketakutan yang amat sangat oleh umnoapco ialah kerana mendengar ura-ura MCA akan berpihak kepada PR dalam PRU 13 nanti, maka dijadikan NGO Melayu dan mufti umno sebagai barua mereka untuk bercakap menakutkan pengundi-pengundi Melayu. Al kisah maka berkatalah tok peti yang seorang ini meramalkan melayu berpecah dan Islam akan hancur.
Janji Allah SWT Islam akan kekal hingga kiamat dan akan menang akhirnya. Inilah yang menakut dan membimbangkan umnoapco dan yahudi. Yang mufti ni bimbang fasal apa? kalau dia bukannya puak umno. Wallahualam.

PARTI TAMAK SAMA TARAF DGN YAHUDI berkata...

MUNGKIN BARU SEKARANG UMNO KENAL SIAPA MCA DAN SIAPA MIC... DAN MCA DAN MIC JUGA DAH KENAL SIAPA UMNO...

PAS DAH KENAL LAMA DAH DGN UMNO NI, SEJAK 1951, DAN PADA TAHUN 1970 DULU UMNO PERNAH MINTA PAS JOIN UMNO DLM BE END, DAN BE END MASA TU BARU DI PIMPIN OLEH AYAH NAJIB...IGTKAN MASA BE END BAWAH AYAH NAJIB ITU BAIK, RUPANYA TERUK, HINGGA PAS DI TENDANG KELUAR...

MAKA DARIPADA BERKAWAN DGN ORG JAHAT/TAMAK YG BERKUASA, LEBIH BAIKLAH PAS BERKAWAN DGN ORG BUKAN ISLAM YG TAK DER KUASA, KERANA PARTI ITU PARTI BUKAN ISLAM, TETAPI PARTI BUKAN ISLAM INI SENTIASA MENGAMBIL KIRA APA PENDIRIAN PAS.

Tanpa Nama berkata...

Melayu Islam tidak berpecah tetapi melau UMNO sedang berpecah. Jadi ura-ura tok peti tu bukan baik sangat tujuan nak pecah perasaan ahli-hali PKR supaya tidak bersatu dengan PAS. Kalau tidak mengapa ahli keadilan tidak di pelawa.... majoriti dalam PKR juga melayu.

Awas PAS jangan terjebak kerana DS TOK Peti pernah menunjuk sikap jahat dalam merampas kuasa PR kerajaan Perak Darul Ridzuan.