9 Syaaban 1431 H
Bekalan air yang sedia ada sekarang ini di Selangor mampu menampung keperluan penduduk di Lembah Klang sehingga 2019, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan persekutuan dianggap terlalu terburu-buru untuk melaksanakan projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) walaupun anggaran kosnya telah meningkat dari RM2 bilion kepada RM8 bilion.
“Ini jelas apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui baru-baru ini, menuduh Selangor sengaja melengahkan pelaksanaan (PPAMPS) dan memberi amaran bahawa Selangor akan dipersalahkan jika berlaku krisis bekalan air pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Khalid, nasihat dari pakar industri air dan juga kajian berdasarkan pertumbuhan penduduk mendapati jumlah penggunaan air dahulu dan sekarang dan kapasiti pengeluaran air, bekalan air yang sedia ada sekarang ini mampu menampung keperluan di Lembah Klang sehingga 2019.
“Adalah dipercayai bahawa kedua menteri tersebut telah dikelirukan sehingga mempercayai bahawa krisis air akan berlaku pada 2014.
“Kerajaan negeri sedar projek ini ada kebaikannya, namun ia tidak perlu disegerakan tanpa mengambil kira pemahaman menyeluruh industri air termasuk proses penstrukturan semula industri air Selangor,” katanya.
Khalid berkata masa yang sesuai untuk projek PPAMPS dilaksanakan adalah pada 2015 atau 2016 dan jika ia dipercepatkan tanpa kajian, kos itu akan meningkatkan beban hutang kerajaan.
“Sehubungan itu, Selangor menyarankan kerajaan persekutuan memberi keutamaan kepada alternatif lain dan tidak terlalu mudah melaksanakan projek mahal menggunakan wang rakyat,” katanya.
Khalid juga menyarankan kerajaan BN mengurangkan pembaziran air dengan mempromosikan kitar semula air, mengumpul dan memproses air hujan yang boleh dilakukan secara bersama kerajaan persekutuan dan Selangor.
“Sumber alternatif air yang boleh diteroka seperti air sungai, tasik dan memperkenalkan teknologi air bawah tanah. Ketiga, dengan mengurangkan kadar air tanpa hasil daripada 35 peratus kepada kurang 20 peratus seperti yang berjaya dicapai oleh syarikat air Pulau Pinang.”
Selain itu, Khalid berkata penghantaran air yang cekap adalah penyelesaian terbaik bagi menampung permintaan pengguna. Oleh itu, perlu dipastikan air di utara Selangor dihantar dengan cekap ke wilayah selatan.
Katanya lagi, kerajaan wajib melakukan kajian menyeluruh, analisis, statistik secara terperinci mengenai pengeluaran air, penggunaan dan permintaan berdasarkan fakta dan angka berbanding membuat keputusan tergesa-gesa yang melibatkan wang pembayar cukai.
Malaysiakini/-

2 ulasan:
Air adalah Perkara Negeri mengikut Perlembagaan
Air DiKuala Lumpur dan Petrajaya
Bukanlah tanggung jawab MB Selangor
Projekkk... yang penting projek utk kroni... kalau projek xjalan atau lambat jalan, xmasyukkk ler... xda la support...
Catat Ulasan