01 Ogos 2010

Polis serbu ceramah PKR di Rengit


20 Syaaban 1431H.
Harakahdaily

BATU PAHAT, 1 Ogos: Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit di sini.

Serbuan dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah dipentas itu malam tadi .

Polis bertindak mengosongkan pentas, merampa pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.

Akibat sebuan itu sehingga jam 12.30 pagi tadi difahamkan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita.

Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit.

Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Turut ada ketika serbuan adalah Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dan Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Pengerusi Perhubungan Negeri johor, Datuk Chua Jui Meng.

Sehingga berita ini ditulis, Lathefaa yang juga peguam masih berada di balai polis menguruskan mereka yang ditahan.

Penyokong juga difahamkan mula memenuhi perkarangan balai polis, dan tidak mahu berganjak walaupun diarah bersurai oleh pihak polis.

5 ulasan:

ibrahim kj berkata...

tanda tanda nak kalah la tu

MALAYSIA DI BAWAH PEMERINTAHAN PENGAMPU MAHATHIR, ROSMAH-NAJIB berkata...

UMNO MENAFIKAN HAK ASASI RAKYAT UNTUK BERSUARA DAN MENDENGAR MAKLUMAT DARI PELBAGAI SUMBER. INI BERTENTANGAN DGN HAK ASASI MANUSIA YG TERMAKTUB DLM PERLEMBAGAAN MALAYSIA. ORG RAMAI YG PERGI MENDENGAR ITU SEKADAR INGIN MENDENGAR PENERANGAN TTG SESUATU ISU YG BERKAITAN DGN RAKYAT, BUKAN UTK MERUSUH, BERDEMONSTRASI SEPERTI GENG KEPALA LEMBU ATAU GENG SONGKOK TINGGI PERKOSA & PEKIDA. JIKA INI PUN DI SEKAT, MAKA NEGARA KITA AKAN KEMBALI KEPADA KEADAAN DPERINTAH OLEH SISTEM DIKTATOR ATAU MIRIP KOMUNIS...
INI AMAT MERBAHAYA KPD RAKYAT DAN SISTEM DEMOKRASI...INILAH PENYEBAB FDI NEGARA JATUH SEBANYAK 81% SEDANGKAN THAILAND YG HURU HARA ITU PUN MENDAPAT FDI JAUH MENGATASI MALAYSIA...MENTERI MENIPU DAN CKP BERBELIT2 KATA TENGKU RAZALEIGH, PADAHAL SEBAB SEBENAR IALAH, PELABUR TIDAK BERKEYAKINAN LANGSUNG DGN PENTADBIRAN MALAYSIA DI BAWAH ROSMAH-NAJIB SEKARANG APABILA SEMUA INSTITUSI PENTING DI PERKOSA OLEH EKSEKUTIF ROSMAH-NAJIB-MUHYIDDIN SEPERTI BADAN KEHAKIMAN/JUDICIARY DAN BADAN KESELAMATAN SELAIN IMEJ ROSMAH-NAJIB YG SANGAT BURUK DI KALANGAN PELABUR...

Tanpa Nama berkata...

zalimi rakyat balasan Allah akan tiba

yobleh berkata...

zaman najib menjadi pm malaysia dah sampai kepenghujungnya!

Tanpa Nama berkata...

Ni semua keje keji KDN, yg di mastermindkan oleh KSUnya, Dato Seri Mahmod Adam. Dia juga yg bertanggung jawab menghilangkan rekod keluar masuk Altantuya. Ginilah DS, saya difahamkan tuan seorang kuat agama, mengamalkan tasauf diberitakan, insaflah kerana dunia ini tuan memikul tugas utk Allah bukan menganiaya sesama manusia. Bertaubatlah sebab banyak yg telah tuan buat selama ini pun dah susah nak jawab nanti apabila berada di depan mahkamah agung Allah.