01 Ogos 2010

WAHAI YB ZUL, JIKA DAP MAHU DIHARAMKAN, HARAMKAN UMNO DAHULU

19 Syaaban 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

TERNYATA YB Zul Kulim yang dikenali sebagai `firaun besar' telah kehabisan modal untuk berdepan dengan PR. Segala hujahnya selama ini sejurus dipecat dari PKR gagal menarik sesiapa pun untuk menjauhi PR khususnya PKR. Apatah lagi YB Zul pernah mengaku beliau ini `kaki kelentong' sudah lama, cuma beliau menjadi `jujur dan baik' sebaik sahaja intim dengan Najib.

Setelah kehabisan modal, pengakhirnya `firaun besar' ini mahu kerajaan mengharamkan DAP, sekutu PKR dan PAS. Apa hujah bangang loyar buruk ini? Adakah kerana seorang pemimpin DAP yang mengeluarkan pandangannya, maka DAP itu wajib diharamkan? Ke mana otak YB Zul ini diletakkan sehingga sebodoh ini pandangannya? Beliau yang sepatutnya digelar YB `haram' kerana menjadi Wakil Rakyat yang dipilih oleh penyokong parti yang telah memecatnya. Tidak sedar diri kah YB Zul ini?

Di mana maruah beliau yang menjadi MP yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi-pengundi di kawasannya boleh mengeluarkan pendapat untuk mengharamkan parti yang sah, sedangkan `firaun besar' ini langsung tidak berparti? Apa masalah dengan pandangan dari pemimpin DAP itu berkaitan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah di Selangor? Sudah ada keputusankah dari Kerajaan Selangor? Dan, jika cadangan itu diterima, apa masalahnya kepada Bumiputera? Tidak dapat diskaun itu dianggap melanggar Perlembagaan? Kenapa tidak bising bila Kerajaan kurangkan Subsidi kepada rakyat dengan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas? Di mana hak Bumiputera dan rakyat di dalam hal ini? YB Zul tidak mampu ulas kah?

Kita bukan menyokong sepenuhnya pandangan pemimpin DAP itu, tetapi kita juga tidak boleh menutup mulut sesiapa jua untuk memberikan pendapat. Akhirnya, serahkan kepada pimpinan Kerajaan Selangor untuk buat keputusan. Tentunya PAS dan PKR akan meneliti cadangan tersebut sebaik mungkin. Apa perlunya DAP mahu diharamkan? Jika itu dibenarkan, Umno lebih layak diharamkan untuk kali kedua kerana Umno pernah menghina Institusi Raja-Raja, menghina agama dan banyak lagi. Mengapa YB Zul takut untuk menyebut haramkan Umno? Bukan YB Zul tidak tahu semua yang telah Umno lakukan. Mulut YB Zul terkunci sudah.

YB Zul jelas kehabisan idea. Beliau seorang MP yang semakin celaru di dalam setiap pandangannya. Beliau semakin syok sendiri dan terlupa betapa pengundi-pengundi di kawasannya tidak sabar untuk menurunkannya dari kerusi warisan PKR di situ. /wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebelum nak haramkan DAP SIZUL KATAK ni kena letak jawatan la dulu... Kesian kat anak bini hang .... sama-sama makan duit elaun MP..haram...

Tanpa Nama berkata...

bila masa pulak mp zul makan elaun haram???... bukan dia yang keluar parti....parti yang pecat dia...sudahkah dia dibicarakan dengan adil sebelum dipecat???....mana hak dia???....bangang punya ulasan....

tang mana salah nye mp zul nak bagi pendapat dia???...sedangkan mp DAP tu boleh bagi pendapat tentang isu tersebut, apa salah nye mp zul bagi pendapat dia supaya DAP diharamkan???.....bangang....

memang umno banyak masalah....sana, sini banyak yang tak betul....begitu juga DAP tu...ape yang bagusnyer???....ape sumbangan yang dia dah buat pada umat islam??.....sebagai umat islam, kalau ada satu pihak yang islam, dan satu pihak lagi bukan islam, mane satu yang patut kita pilih???....

bangang......

Tanpa Nama berkata...

orang bangang bercakap...yang merapu saja keluar dari mulut dia...itu lah keadaan MP Zul sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Untuk orang bangang,
Pilihanraya 2004 di Parlimen Bukit Gantang,ramai orang melayu yang memangkah calon bukan Islam,manakala calon Islam,tidak silap saya Dr. Lo.Lo, tapi Dr Lo Lo tewas. Mereka yang menyokong calon bukan Islam tu dari parti bangang,parti tempat orang bangang-bangang

Tanpa Nama berkata...

umno bangang

Tanpa Nama berkata...

cuba ingat balik pasal isu murtad sekitar akhir tahun 90an, siapakah juaranya, siapakah yang memaki hamun kerajaan dan jakim di sana-sini? Saya orang Pontian, Johor masih terngiang-ngiang lagi ucapan si lawyer kepada Hj Bohari di Masjid Jamek Pontian.

Tanpa Nama berkata...

kepada tanpa nama 'bangang' 30hb 7 10:16:

malas ckp apa..loya tekak aku baca hg punya komen..hg punya komen pon dh menggambarkan 1/10 dr tahap ke'bangang'an hang..senang cakap hang mmg bangang aa