20 Syaaban 1431H.
http://misabah.blogspot.com/
Berbagai usaha telah dibuat oleh UMNO bagi menggagalkan perhimpunan warga felcra pagi ini. Polis dan felcra digunakan oleh mereka. Jumaat semalam seluruh masjid di sekitar Kampung Gajah dan Seberang Perak mengumumkan orang ramai terutamanya warga felcra dilarang sama sekali menghadiri perhimpunan, mereka diugut akan ditangkap dan diambil tindakan oleh pihak felcra.
Tajuddin (Ahli Parlimen Pasir Salak) pula menganjurkan majlis Tilawah Al Quran peringkat felcra kebangsaan yang lokasinya kira-kira 500 meter dari tapak perhimpunan warga felcra.
UMNO BN mula ketakutan dengan perhimpunan yang dijangka akan dihadiri ribuan warga felcra dari seluruh negara. Ketakutan UMNO BN memang ada wajarnya, kerana perhimpunan sehari suntuk itu akan dipenuhi dengan pembentangan kertas kerja dan forum bagi mendedahkan penyelewengan felcra dalam mengurus felcra itu sendiri.
Ancaman, ugutan dan cubaan menakutkan warga felcra untuk menghadiri perhimpunan tidak sedikitpun melemahkan semangat penganjur dan juga peserta. Mereka tetap bersemangat untuk menghadirinya . Sementara itu, polis & FRU sudah mula memenuhi Seberang Perak, beberapa sekatan jalan raya sudah kelihatan di beberapa buah jalan menuju ke lokasi program.

1 ulasan:
Hairan pemimpin yang senget pun masih ada yang nak ikut... Wahai orang2 bijak pandai, Pemimpin awak kaya raya tapi awak & keluarga awak masih hidup sederhana. Tak kaya mana pun. Lu pikir la sendiri...
Catat Ulasan