24 Rejab 1431 H
Seekor ular tedung selar berukuran empat meter yang melingkar di atas pokok berdekatan Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Green Lane ditangkap oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dengan bantuan Raja Ular, Shaiful, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Skein Cit Banchong, berkata bantuan Shaiful diperlukan kerana ular itu amat berbisa dan sukar ditangkap jika hanya menggunakan penjerut.
"Pada mulanya selepas menerima panggilan pada pukul 2.35 petang, pihak bomba bergegas ke tempat kejadian dengan beberapa anggota tetapi kami terpaksa menghubungi Raja Ular untuk membantu kerana keadaan terlalu bahaya," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.
Ular itu dipercayai tersesat dari hutan di belakang sekolah itu. Ianya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
Guru besar sekolah itu, Mariani Yusaof berkata, pihaknya menyedari kehadiran ular itu apabila terdengar bunyi bising daripada kicauan burung.
Malaysiakini/-

1 ulasan:
penduduk kg buah pala berdemo bila kampung mereka cuba diganggu...
nasib baik la ular tedung tu sekor je
macam mana kalau dia pun berdemo dgn geng-geng kerana kawasan habitatnya diceroboh atas nama pembangunan?
Catat Ulasan