08 Julai 2010

GESA BEBASKAN WARGA MALAYSIA YANG DI TAHAN OLEH KERAJAAN MESIR PADA 13 JUN 2010

24 Rejab 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendesak agar Kerajan Mesir menjelaskan kedudukan seorang rakyat Malaysia Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, 41, yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum menaiki penerbangan pulang ke tanah air pada 13 Jun 2010 yang lalu tanpa penjelasan kepada Kerajaan Malaysia sehingga kini.

DPPN Pk juga mendesak agar Zulkifli dibebaskan dengan segera yang sehingga kini sudah hampir tiga minggu di tahan tanpa sebarang pertuduhan. DPPN Pk memohon Wisma Putra, melalui Kementerian Luar Negara agar mengusahakan segera pembebasan Zulkifli yang kini tanpa berita daripada Kerajaan Mesir dan keadaan ini amat membimbangkan.

DPPN Pk juga berharap ahli keluarga Zulkifli bersabar dan memohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan Zulkifli yang di tahan tanpa asas yang kukuh. DPPN Pk mengharapkan juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin keluar negara terutama ke Negara Mesir agar berhati-hati dengan insiden yang telah berlaku ini.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PRU 13 serentak...bersedia..mulakan kerja sekarang!!
http://colourluna.blogspot.com/2010/07/berita-hangat-siap-sediapru-13-akan.html

Muhammad Nuruddin Bashah berkata...

Salam, diharap pihak pemuda dapat hantar memorandum desakan ini kepada kedutaan Mesir secara kolektif melibatkan pemuda pusat juga. saya rasa itu baru berfaedah untuk menyelamatkan Zulkifli

Muhammad Nuruddin Bashah berkata...

Saya rasa pemuda pusat perlu menghantar memorandum kepada kedutaan mesir untuk lebih berkesan menyelamatkan zulkifli. Jika hanya kenyataan media dalam bahasa melayu, ia mungkin hanya untuk tujuan menyebar maklumat di kalangan kita sahaja