13 Julai 2010

Serang dan fitnah, tanda PRU makin hampir

29 Rejab 1431 H
Oleh: Mutaligat

Anwar alat Yahudi, Anwar ejen CIA, Anwar talibarut Yahudi, Nik Aziz sesat, Haji Hadi kafirkan orang dan lain-lain semua itu adalah skrip yang di'filem'kan semula bila menjelang Pilihanraya.

Media alternatif ditarik permir atau tidak diperbaharui, diberi amaran, di beri kata dua dan sebagainya, itu juga dalil PRU mungkin diadakan dalam masa terdekat.

Dengan tindakan itu maka PR tidak mempunyai medan untuk menjawab dan mempertahankan diri dari fitnah BN.

Bila ceramah PAS diganggu dengan BN/Umno berceramah di sebelah seperti di Melaka, itu tanda PRU dah dekat.

Jadi semua orang mesti bersedia untuk menghadapi PRU ini dengan memastikan semua ahli keluarga, jiran dan sanak saudara mendaftar menjadi pemilih berdaftar.

Selain itu tuan-puan mesti menjadi Dai'e atau pendakwah untuk mengubah minda lapok menyokong BN kepada menyokong dan mengundi PR pada PRU akan datang.

Terangkan kepada seluruh rakyat tentang kebobrokan, rasuah, kezaliman, penyelewengan dan penindasan serta lain-lain perkara yang dilakukan BN/Umno guna untuk memberikan kefahaman kepada rakyat agar tidak terpalit sekali dengan dosa maksiat pemerintah BN/Umno yang tidak pernah insaf dan sedar untuk kembali kepada Islam dan demokrasi tulen.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

UMNO GUNTING DALAM LIPATAN BAJU MELAYU berkata...

Pemimpin dan wakil rakyat Pakatan Rakyat mesti dilihat berbeza dari Umnongok...

Hidup sederhana sebagai 1 pengorbanan dalam diri masing2 supaya rakyat dapat mendekati... dan merasai kepayahan hidup rakyat yg tak bernasib baik...

Dan menggunakan frasa atau ayat
'WAKIL2 RAKYAT PR MERASA SANGAT TERHUTANG BUDI KEPADA RAKYAT DAN AKAN MEMBALAS BUDI RAKYAT SEBAIKNYA KERANA MEMILIH KAMI, INSYA'ALLAH'

...iaitu jauh berbeza dgn wakil2 rakyat Umnongok yang sentiasa mewar-warkan bahawa 'RAKYAT YANG TERHUTANG BUDI KEPADA UMNONGOK DAN RAKYAT MESTI MEMANGKAH UMNONGOK DULU, KINI & SELAMA2NYA' KALAU TIDAK UMNONGOK TAK AKAN BAWA PEMBANGUNAN.(MENGUGUT RAKYAT- MACAM ZAMAN TAHUN 70-AN)

Pada hal dari segi logiknya, rakyatlah yang pangkah dan beri peluang kpd Umnongok memerintah selama 50 tahun...memang Umnongok ibarat kacang lupakan kulit..tak sedar diri, jahil tentang demokrasi, MERDERHAKA DAN MENGKHIANATI ORANG2 MELAYU...50TAHUN MEMERINTAH TAPI ORANG2 MELAYU SEMAKIN MISKIN DAN TERTEKAN.