15 Ogos 2010

Kenapa Melayu susah bersatu?

4 Ramadhan 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Isu bersatu atau perpaduan sudah lama dilagukan oleh pemimpin negara. Baru-baru ini ditimbulkan lagi oleh pihak tertentu dengan nada yang sama. Tegasnya, isu ini timbul bermusim. Bila berlalu musim itu berlalulah isu itu, bak kata orang sekarang macam biskut, sekejap ada dan sekejap tiada. Mengapa?

Susahkah orang Melayu hendak disatukan? Adakah isu ini sengaja dibesarkan sedangkan realitinya orang Melayu sudah bersatu. Atau adakah bersatu atau perpaduan yang dimaksudkan itu lain daripada yang difahami oleh orang Melayu?

Sebenarnya orang Melayu tidak susah untuk bersatu, buktinya apabila berlaku kematian orang jauh mahupun dekat akan datang berziarah mengucap takziah kepada keluarga itu walaupun mereka tidak pernah kenal. Selepas itu mereka boleh bergaul mesra dengan tetamu yang datang. Di sini sudah wujud kerjasama tanpa terancang.

Begitu juga apabila berlaku kenduri kahwin, semua sanak saudara, rakan taulan dan mereka yang menerima jemputan boleh datang dengan hati yang tenang. Antara tetamu itu dapat berbual mesra tanpa ada sebarang sangka buruk. Malah ada yang boleh bergurau senda yang mencuit hati.

Selain itu orang Melayu juga boleh bersatu dan bekerjasama ketika bergotong-royong untuk membersihkan kampung, taman, masjid dan surau. Berdasarkan itu apakah halangan untuk orang Melayu bersatu dan berpadu pada waktu-waktu lain?

Jawapan mudahnya ialah faham politik sempit dan amalan berpolitik yang tidak secara profesional dalam kalangan orang Melayu menjadi puncanya. Mereka menganggap golongan dalam parti lawan sebagai musuh lalu tidak boleh bertegur sapa kerana benci.

Kita bukan nak salahkan politik, malah politik itu perlu dalam membina negara yang cemerlang. Kita juga tidak salahkan orang yang menyertai parti politik tertentu, tetapi yang salahnya ialah matlamat orang yang menyertai politik itu tidak benar-benar jelas. Matlamat perjuangan parti tidak difahami oleh mereka. Hal ini kerana mereka tidak diberi ilmu tentang kepentingan politik dalam Islam.

Perlu difahami di sini bahawa bersatu dan berpadu adalah tuntutan agama disebut oleh Allah dan Rasul dalam banyak tempat. Bersatu dalam soal bertuhan, bersatu dalam matlamat hidup dan bersatu dalam perjuangan. Namun bersatu dalam konteks ini perlu diasaskan oleh hati yang tulus dan mulus.

Sungguhpun begitu tuntutan bersatu di atas asas itu tidak menghalang daripada umat Islam berfikir dan berhujah dalam sesuatu perkara. Malah Islam mahu umatnya kreatif dalam memberi pandangan dalam memajukan hidup di dunia ini.

Menyedari halangan di atas, usaha menyatukan umat Islam dan mengukuhkan perpaduan orang Melayu dua perkara berikut perlu diberi perhatian:

1. Parti politik berasaskan orang Melayu perlu diberi penjenamaan baru. Parti yang bukan mencipta musuh tetapi mendekatkan dan menjinakkan musuh. Selain itu, politik bukan untuk kepentingan kelompok tertentu tetapi untuk kepentingan rakyat.

2. Penyatuan ummah ini perlu ditaja oleh pihak berkecuali dan tiada berkepentingan dengan mana-mana parti politik.

Sesuai dengan bulan Ramadan, bulan yang boleh menghimpunkan orang Melayu dan Islam di masjid dan surau, sebaiknya perpaduan ini diterjemahkan kepada semua jemaah. Guru-guru yang memberi tazkirah Ramadan harus menyedarkan umat Islam agar mengelak permusuhan. Begitu juga mimbar-mimbar masjid harus memberi ilmu tentang perpaduan ummah.

Perpaduan tersebut seharusnya atas tujuan membina kekuatan ummah, meningkatkan ekonomi dan memantapkan kedudukan bangsa dan memelihara maruah Islam dan umatnya. Kalau semua orang Melayu sedar akan kepentingan itu, tidak mungkin mereka menolak untuk bersatu. Dan percayalah jika dengan bersatu atas dasar ini tidak mustahil orang Melayu yang berada dalam parti yang berlain juga boleh bersatu.

Mereka boleh bersatu dan berpadu dalam memperakui pandangan lawannya jika hujahnya munasabah dan relevan. Tetapi jika pandangan itu berlainan dan tidak elok, dibantu bagi mencantikkannya. Inilah kesan perpaduan yang dikehendaki Islam.

Dalam keadaan sekarang kita seharusnya berhati-hati dengan orang yang berjuang ke arah bersatu atau perpaduan tetapi mempunyai kepentingan politik tertentu. Sebagai contoh, mereka inginkan orang Melayu bersatu supaya menyokongnya dalam pilihan raya akan datang. Maka dengan cara ini kedudukan parti yang satu lagi akan lenyap.

Sudah sampai masanya kesatuan orang Melayu berani menaiktarafkan Islam di negara ini. Orang Melayu perlu bergerak atas semangat Islam, jiwa Islam dan akhlak Islam supaya dengan itu orang bukan Islam akan hormat dan tidak menghina Islam dan umatnya.

Pada masa yang sama orang Melayu seharus tidak menjadi batu penghalang kepada orang lain untuk mengenali Islam dengan sikap kita. Jangan sampai orang lain takut kepada Islam kerana sikap kita yang suka bermusuhan. Jangan juga sampai orang lain membenci Islam kerana sikap buruk yang kita miliki kini. Malah lebih malang lagi kalau ada orang lain yang hendak mengenali Islam, kita gambarkan yang negatif tentang Islam.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada benarnya melayu susah nak bersatu, tapi saya rasa melayu dalam umno, biarkan lah mereka tidak bersatu, hancur dan musnah lagi baik. asalkan melayu dalam pakatan rakyat tidak ikut gelagat mereka.
Antara sebab mereka susah nak bersatu ialah:sikap dan akhlak mereka, zalim terhadap bukan kroni mereka,pegangan aqidah yang meragukan (sekular), jadi pengkhianat kepada bangsa dan agama, sifat tamak haloba dan menafikan hak orang yang berhak dll.............................................

Tanpa Nama berkata...

hasat dengki amat sangat....

Tanpa Nama berkata...

Yg galak sangat nak ajak agar bersatu tu sebab nya ialah agar melayu yang bangang yg bersatu tu senang dicucuk hidung!senang dibohongi, senang digula gulakan !Pemimpin UMNO makan daging, melayu yg bangang yg nak bersatu tu dibiarkan makan tulang!BN?UMNO? sampai tergamak/ kemaruk duit rakyat...sampai secara tak malu ,Gasak duit haram melalui saman ekor,tipu komiseyen kapal selam, tambah nilaiRM kontrek dan kalu boleh duit susu anak anak kami pun cuba di samun!

Tanpa Nama berkata...

melayu x akan bersatu..selagi UMNO memerintah.

Tanpa Nama berkata...

Mana mungkin yang bathil lagi mungkar boleh bersatu dengan yang betul-betul mahu dengan Islam. Atas nama melayu puak-puak umno ni sibuk berbicara tentang perpaduan .... yang jelas perpaduan untuk kepentingan memenuhi kesumat tamak haloba puak-puak umno. Masa mereka tertawa berdekah-dekah dibawa si laknat mahathir dulu, melayu disepak terajang berguling tersungkur, tak ada pun puak-puak umno di sibuk tentang melayu .... malah apa yang sepatutnya hak melayu (contoh biasiswa, dan macam-macam lagi) tanpa mengira fahaman politik hancur lebur. Apa umno dah buat??????!!!!!!... sebab apa, duit-duit ni umno boleh guna untuk kepentingan mereka beralasan pembangunan ..... ITU LAH PEMBOHONGAN umno. Mana mungkin melayu bersatu dan atas KEBIJAKSANAAN orang melayu tak bersatu di bawah umno.

Tanpa Nama berkata...

NAK BERSATU BOLEH JADIKANLAH ALQURAN SEBAGAI BUKU PANDUAN PERSATUAN KITA

Tanpa Nama berkata...

tak kira ulamak atau ustaz yang didalam UMNO, kemegahan & kemewahan dunia yg jadi tuntutan hidup. Tender, projek dll yg jd matlamat bila didalam UMNO.
Tentang penyatuan melayu akan jadi isu, bila UMNO dah goyang macam sekarang. Kalau UMNO lingkup PRU13, ramai orang UMNO nanti bakal mati terkejut, contoh ADUN Kelang, bila UMNO tumbang kat Selangor dlm PRU12 dulu.
Dia takut sampai mati, kerana projek nanti hilang, masooook tara.
Sebelum ni semua terjadi, UMNO nanti buat isu pasal penyatuan la..perpaduan la, UMMAH la...pasal penjajahan la..pasal bangsa asing la..DLL supaya orang melayu nanti takut.
UMNO nanti suruh la..mana punya Dekan universiti yang jenis otak keldai bercakap kat TV 3suku..supaya org kampung nanti takut...
UMNO..UMNO...dia ingat otak org melayu ni macam tahun 1969 kut..
Berapa ramai orang melayu yang bergaduh haru biru/tak bersatu kat Kelantan & kedah bila PAS memerintah????

baei berkata...

Tahniah, ulasan anda sungguh benar. Niat mereka tidak ikhlas. Mereka mengharapkan kalau pas masuk umno bagi menguatkan mereka. bukan nak Islam.
Perkasa adalah alat umno yang langsung tidak profesional. Jadi Melayu perlu bersatu dengan semua bangsa lain di negara ini bagi menegakkan negara Islam. Yang penting stretegi mesti betul.