20 Ramadhan 1431 H
Namewee atau Wee Meng Chee telah menarik balik video kontroversi terbarunya minggu ini, dan mencabar pengkritiknya, ketua Puteri Umno Datiuk Rosnah Rashid Shirlin untuk berdebat secara terbuka.
Sebelum ini Rosnah mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap Namewee kerana didakwanya telah mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali ini dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.
Menurut Rosnah, klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.
"Saya ingin tahu daripadanya (Rosnah), kenapa dia menyerang mangsa (masyarakat Malaysia), sedangkan pelaku sebenar isu ini belum dihukum," kata Wee (kiri) dalam satu kenyataan di blognya hari ini.
"Jika dia merasakan saya tidak menghormati dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara saya sendiri, maka sila terima pelawaan untuk berdebat secara terbuka tentang isu ini.
"Bantu kami rakya Malaysia untuk mendefinisikan, bagaimana untuk menjadi warganegara Malaysia yang patriotik, tolong ajar kami," katanya.
Wee bersungguh-sungguh mahu membela dirinya di arena awam dengan berkata: "Banyak tuduhan dilemparkan terhadap saya sejak 2007... tidak ada yang nampaknya membela diri saya di arena politik.
"Nama saya telah dipergunakan dalam banyak insiden oleh ahli politik sejak bertahun-tahun. Kali ini saya tidak akan membiarkan tuduhan kosong tanpa asas dilemparkan terhadap saya lagi.
"Saya hanya seorang individu tanpa agenda atau motif politik, yang ingin menyuarakan pendapatnya menentang sikap perkauman di negara ini," katanya.
Malaysiakini/-

5 ulasan:
Ayoh! Puteri UMNO, sahut cabaran tersebut kalau berani. Janganlah nanti dikatakan masuk gelanggang politik hanya nak dapatkan projek atau imbuhan sahaja atau sebagai gajah putih dan penyeri kepada Bos-Bos UMNO aje... nyatakan tarikh debat tersebut atau kalau takut dan memang tiada kebolehan berdebat, boleh minta tolong YB Nurul Izzah Anwar untuk membantu kamu.
NAMEWEE BKN PERKAUMAN,TP ANTI DGN ORG ISLAM,,,DLM VEDIO KLIP NEGARAKUKU DIE ADE KOMEN TENTANG AZAN SUBUH,,,,
Uuugh...sungguh unik Papa dan Ummiku...kalau orang kafir kutuk melayu dan islam ada yang sokong dan ada pula yang menentang. Asal saja ianya jadi bertentangan. Kalau Papa kata A betul Ummi pula kata B yang betul. Papa dan Ummi tak bolehkah cari persefahaman?...kami anak-anakmu dah confuse, celaru nak pertimbang yang mana betul yang mana salah. Nak ikut Papa kami juga sayang Ummi...tapi kalau ikut Ummi takut Papa kecil hati...kerana kedua-duanya kami sayang...Kami sayang Papa dan Ummi. Berdamailah...
Tindakan yg bijak oleh Namewee...Kita menunggu respon Puteri UMNO.
Tindakan yg bijak oleh Namewee. Kita menunggu respon Puteri UMNO utk berdebat. Menarik nak dgr kedua2 pihak.
Catat Ulasan