29 Ogos 2010

Ziarah Ramadhan PAS Lenggong;

Haji Razman sampaikan bantuan kepada salah seorang ibu tunggal

19 Ramadhan 1431H.
Oleh Mohd Syamil Azhar

LENGGONG: Lebih 70 penduduk Kuak dekat sini berbuka puasa bersama pimpinan PAS kawasan sempena program Ziarah Ramadhan (ZR) anjuran Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan.

Ketua lajnah, Ustaz Mohd Hanafiah Idris, berkata Kuak (PAS Kampung Kelantan) adalah salah satu daripada 14 cawangan yang menjadi tuan rumah dan antara yang paling ramai hadir setakat ini.

Katanya, cawangan-cawangan lain ialah Kampung Changkat Berangan, Chepor, Bukit Sapi, Cawangan Kampung Lenggong, Pekan Lenggong, Felda Papulut, Felda Lawin Utara, Tawai, Kenayat, Air Panas, Tanjong Rambai, Ulu Kenderong dan Kampung Padang.

"Program ini dilaksanakan bersama dengan Lajnah Pemerkasaan Parti, Lajnah Penerangan, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan dan PAS kawasan sendiri.

"Lebih RM8000 diperuntukkan, iaitu untuk bantuan kepada fakir miskin, anak yatim dan golongan daif selain untuk jamuan berbuka," katanya.

Hadir sama Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria, Timbalannya, Ustaz Husairi Ariffin, Ketua-Ketua lajnah dan ketua PAS Cawangan Kampung Kelantan, Muhammad Zakaria Abdullah.

Ustaz Mohd Hanafiah berkata, program bermula dengan taklimat oleh beliau sendiri, Husairi dan Razman sendiri, penyampaian bantuan, tahlil, berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak, Tarawih dan tazkirah.

"Setakat ini Cawangan Kampung Kelantan antara yang paling ramai hadir, termasuk pemuda dan muslimat dan diharap cawangan-cawangan lain juga lebih ramai lagi," katanya.

Tiada ulasan: