29 September 2010

ADUN BEBAS: PENENTU MASA DEPAN BN PERAK?

19 Syawal 1431 H
Oleh: DR RAJA AHMAD AL-HISS

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat adegan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang terpaksa sekali lagi hadir ke Tanjong Malim buat kali kedua semasa Majlis Rumah Terbuka Barisan Nasional (BN) dan Umno Bahagian Tanjong Malim baru-baru ini setelah juga hadir Majlis Hari Raya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Behrang sebelum daripada ini.

Walaupun ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi tidak hadir ke Majlis Rumah Terbuka BN dan Umno Tanjong Malim, akan tetapi Datuk Seri Zambry terpaksa hadir buat kali keduanya.

ADUN Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Perak Datuk Mohd Khusairi Abu Talib yang hadir ke Majlis Hari Raya ADUN Bebas Behrang tidak pula di balas kehadiran ADUN Bebas Behrang tersebut.

‘Kuasa ketiga’ di dalam politik Negeri Perak jelas dapat dilihat jika suasana seumpama ini masih dibiarkan berterusan.

Datuk Seri Zambry terpaksa menjadi alat kekuasaan ‘kuasa ketiga’ yang ingin memenuhkan agenda peribadi mereka yang dapat dilihat sendiri terutama kekayaan luar biasa mereka.

DPPN Pk melihat berjayanya ADUN Bebas Behrang menghadirkan Zambry ke majlisnya merupakan bukti bahawa Kerajaan Perak berada 'dihujung telunjuk' ADUN-ADUN Bebas tersebut.

Tidak mustahil juga semua ADUN Bebas tersebut bakal bertanding sekali lagi dan yang paling berani adalah menjadi calon BN Perak di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

Sama-samalah rakyat melihat keadaan ini, biar pun penafian-penafian yang akan dibuat oleh mereka. Tetapi penafian di dalam politik kadang-kadang adalah kebenarannya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

suma duk sedut tahi2 katak puru

abumawaddah berkata...

ajaq sikit depa ni, bagi hilang deposit

Tanpa Nama berkata...

tak sabar nak tunggu hari penamaan & hari mengundi...

Tanpa Nama berkata...

biaq pi kat depa (seekor penipu dan seekor lagi penyamun). Ya Allah panjangkanlah umur ku hingga PRU ke 13, aku teringin nak tengok kemana penyamun-penyamun tu akan berada.