29 September 2010

Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri

19 Syawal 1431H.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan," katanya.

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman

"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi

Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan. Malaysiakini/-

9 ulasan:

AMIR RAOF berkata...

perkara ini haruslah dibincang secara muzakarah untuk elak salah faham dikalangan orang islam. Sebagai org islam, saya tertanya hukum dan dalilnya

UMNO GUNA SEGALA ILMU MENIPU...XJLN JUGAK! berkata...

SALAM,

KESIAN UMNO...NAK TIPU ORG2 KAMPONG DAN PAK CIK/ MAK CIK FELDA TAPI ILMU MENIPU TAK KHATAM LAGI...

JADILAH UMNO MACAM RAJA DALAM KISAH MUSANG BERJANGGUT BERKATA "TAK JALAN JUGAK JARUM AKU!".

HUDOHNYA PERANGAI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO, TAHULAH DAH TERDESAK SANGAT NAK MENDAPATKAN SOKONGAN ORG2 MELAYU, TAPI JANGANLAH DENGAN CARA MENIPU ORG2 TUA, ORG2 KAMPONG DAN PAK CIK MAK CIK FELDA YANG KEBANYAKKANNYA JENIS LURUS BENDUL PERCAYA PADA UMNO...

SEPATUTNYA CARILAH JALAN LAIN, OK SAYA BERITAHU CARANYA IAITU DENGAN MENUNJUKKAN PERILAKU YANG BAIK, JANGAN SOMBONG DGN RAKYAT DGN BERKERETA BESAR/RUMAH BESAR/BEREBUT-MENSABOTAJ REZEKI RAKYAT TERUTAMA AHLI2 PAS YG JUGA ORG2 ISLAM, HIDUP SEDERHANA, JANGAN RASUAH, MENOLONG ORG2 MISKIN DGN IKHLAS BUKAN DGN MENGUGUT ATAU TIDAK IKHLAS SEPERTI MENGUNGKIT BALIK/MENEMPELAK RAKYAT TIDAK BERSYUKUR PD UMNO! MENGANCAM (MEMPERBODOHKAN)ORG2 MELAYU KALAU TAK PANGKAH UMNO MAKA MELAYU HILANG KUASA (DI KELANTAN & KEDAH MELAYU TAK HILANG KUASA PON, YG HILANG KUASA => UMNO DAN PENCACAI), MEDIA MASSA TV & RADIO JGN LAH DUK BOLOT SORG2 JER-UTK UMNO JER, RAKYAT YG BAYAR CUKAI TU, TAK KAN MASIH TAK SEDAR DIRI LAGI WALAUPON DAH KENA TERUK MASA PILIHANRAYA TSUNAMI PRU-12/2008 YG LALU...TAK SERIK2 LAGI YER..MASIH BODOH SOMBONG LAGI, PATUTLAH RAKYAT TAK ENDAH DAH DGN 'PROGRAM JUARA RAKYAT'...PERANGAI MACAM BIAWAK & ULAR (LIDAH BERCABANG) TU TAK NAK DI UBAH...

...APA BOLEH BUAT, KALAU DAH TAK NAK BERUBAH, TUNGGU DAN LIHAT JERLAH...INSYA'ALLAH TSUNAMI KE-2, PRU-13 RAKYAT AKAN UBAH PEMERINTAH UMNO/BE END YANG GILA KUASA/TAMAK HARTA DUNIA NI KPD PAKATAN RAKYAT YANG MENGUTAMAKAN RAKYAT DAN KEHIDUPAN MASA DEPAN YG LEBIH BAIK.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana UMNO belanja wang judi genting dan spot toto?

Tanpa Nama berkata...

lakonan UMNO bapak judi lebih 50 tahun di malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Guan eng bukan islam sedangkan pemimpin UMNO orang islam, bagaimana selama ni UMNO tangani judi halal?

Tanpa Nama berkata...

penerangan yang baik dan mudah difahami. semoga Allah memberi kita hidayah dalam mencari kebenaran. takbir!!!

myynie115 berkata...

marilah kita rujuk ulamak yang mursyid, faham 4 mazhab dan amal sunnah.......

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Ustaz diatas penerangan yang jelas... Syukur dengan adanya para ilmuan yang sentiasa berfikir untuk islam dan rakyat yang majmuk. Semoga ilmu yang dikongsi memberi kelapangan dan keberkatan kepada Ustaz. Teruskan usaha Ustaz.

jamal k.t. berkata...

Alaa tak mau duit judi konon, yg dok mengkedarah duit judi dah lebih 50 tahun tu, HALAL ke? Pi raaaaah!! Pak Cik2 dah tahu miskin, jangan laaa bodoh sombong.
Cuba tengok muka2 yg tak mau tu, ada tak ahli masjid / surau.
Lepas ni, pi jumpa puak2 UMNO, mintak lepa belanja pasemboq.