05 September 2010

Drs. Khalil : Imarahkan rumah Allah di akhir Ramadhan




TITI SERONG, 4 Sept :- Saya menyeru supaya muslimin dan muslimat yang hadir pada hari ini bertekad untuk memenuhi mesjid dan surau di akhir-akhir Ramadhan ini, dan jangan kita termasuk dalam golongan yang sudah meninggalkanya sedangkan anjuran berada di sepuluh akhir Ramadhan sangat ditekan oleh banginda Rasulullah, Demikian antara ucapan Drs. Khalil semasa memberikan ucapan dalam program Penyampaian Sumbangan Aidilfitri' bagi DUN Titi Serong yang diadakan di Dewan Tuan Guru Hj. Ahmad Tuan Hussain Pusat Tarbiyah Titi Serong disini.

Program Tahunan itu turut dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Parit Buntar, Hj. Harun Hj. Hashim , Ahli Parlimen Parit Buntar YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa, AJK PAS Kawasan dan AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Sumbangan ini diserahkan kepada 170 orang melibatkan 27 cawangan di seluruh DUN Titi Serong. Penerima sumbangan terdiri daripada fakir miskin dan ibu tunggal.

"Pagi tadi saya sembahyang subuh di sebuah surau yang jemaahnya sudah tinggal 3 orang, petang kelmarin saya berbuka di Mesjid Sungai Setar dan kata bilal Mesjid jemaah dah kurang 1/3 dari biasa" jelas Drs. Khalil kepada yang hadir.

Menurut Drs. Khalil lagi sepatutnya umat islam berlumba-lumba untuk ke mesjid dan surau di akhir Ramadhan untuk mendapatkan malam lailatul Qadr .

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seram dan sejuk apabila membaca ulasan ini. Drs Khalil menyeru umat Islam untuk bertekad untuk ke masjid dan surau2 pada akhir Ramadan. Program ini pula di hadhiri orang yang yang penuh menjunjung al-Quran, dan tiada seorang pun cuba mentarbiyah beliau, akan seruan beliau itu. Patutlah - masjid2 dan surau2 -kosong sahaja. Inilah apabila banyak bercakap tanpa ilmunya.
anon anon