01 Oktober 2010

Kertas siasatan BPR sahkan Adun Kulim ditawar RM5 juta

21 Syawal 1431 H

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar.

Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee (gambar), Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

"Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

"YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

"A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek," tulis laporan itu.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.

Harakahdaily/-

3 ulasan:

antu united malay nuts orgi berkata...

Apabila manusia2 yg mempertuhan kan wang maruah mereka samalah dgn lalang di tiup ke kiri kekirilah dia itulah lalang.Apabila pemimpin yg di lantik oleh rakyat kemudian sanggup utk mengkhianati amanah rakyat.amat malang sekali buat rakyat.tggulah PU 13 nti mereka akan tau langit tggi atau rendah.apabila PR menguasai Putrajaya di situ mereka akan bertempik dan melolong kerena 1 kaki mereka telah pun berada di dalam penjara kerana dosa2 mereka merompak wang rakyat.Ayuh PR {PAS) buka langkah kuntau lawan habis habisan maruah tetap pertahan wang hanyalah sekadar keperluan seperti kata TOK GURU N AZIZ,keredaan allah itu yg menjadi panduan,apabila seseorg itu perpegang dgn al quran dan sunah2 rasululah tiada apa yg mampu memgubah pendirian mereka.Khas utk pejuang agama segala pengorbanan kamu di nilai oeleh allah maha penakluk.takbir

Tanpa Nama berkata...

2008? sekarang 2010...
Agak nye rakyat bayar harga barang naik, cukai jalan naik, Tol naik, petrol naik utk support duit rasuah lompat parti ni la ya?
Yang kaya mereka BN (dapat 5 juta & projek) yang makin sengkek rakyat... "rakyat didahulukan"

Tanpa Nama berkata...

Tau tak apo,orang kampung semua dah tau.orang bandar lagilah tau...jangan tunggu lamo lamo copek 1 Malaysia pangkah PR...Takbir