10 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Utusan Malaysia
PEMAIN Kelantan, Mohd. Nor Farhan Mohamad (atas) berjaya melepasi asakan pemain pertahanan Selangor, Hardi Jaafar pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Kota Bharu, malam tadi. Kelantan menang 3-0
Gol Ke-2 Jaringan Akmal Rizal :-
KOTA BHARU – Naib Juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan berada dalam kelas tersendiri apabila mara sebagai pasukan pertama ke separuh akhir Piala Malaysia setelah menewaskan Selangor dengan agregat 3-0 pada pertemuan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed IV di sini, semalam.
Beraksi di hadapan lebih 25,000 penyokong, tuan rumah menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri dengan mempamerkan corak permainan menyerang sebaik sahaja wisel dibunyikan.
Kelantan membuka jaringan menerusi pemain sayap lincah Mohd. Nor Farhan Mohamad yang bijak menyudahkan hantaran rakan sepasukan untuk meletakkan tuan rumah mendahului 1-0
Kelantan mengukuhkan kedudukan dengan menyumbat gol kedua pada minit ke-24 menerusi Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang menanduk hantaran lintang ketua pasukan Indra Putra Mahyuddin.
Selangor yang tergamam dengan corak permainan tuan rumah cuba bangkit dengan mempamerkan rentak berbeza pada babak kedua apabila sering mengancam kubu Kelantan.
Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-59 menerusi R. Surendran, namun rembatannya diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.
Khairul Fahmi sekali lagi membuktikan kematangan apabila berjaya menyelamatkan sepakan kapten Selangor, Amri Yahyah.
Tersentak dengan asakan Selangor, Kelantan mula memperkemaskan jentera serangan.
Mohd. Badri Radzi melengkapkan malam cemerlang Kelantan apabila memperdayakan pemain pertahanan Selangor untuk memastikan Kelantan layak ke pusingan seterusnya.
Menanti Kelantan di separuh akhir ialah pemenang antara Kedah menentang Terengganu dalam satu lagi saingan suku akhir, hari ini.

2 ulasan:
Nampak sangat pemain selangor sengaja bagi kelantan menang kerana takutkan penyokong kelantan.
Itu lah di katakan dunia... kalau selangor kalah cakap sengaja bagi menang, kalau kelantan kalah mesti cakap kelantan tak berapa pandai main bola..... ahks...
Catat Ulasan