21 Oktober 2010

Khairy: BN mungkin hilang 50 kerusi parlimen...

12 Zulkaidah 1431H.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 50 kerusi parlimen BN yang sedia ada berada dalam bahaya sekiraya Umno masih lagi berkhayal boleh menang dalam pilihan raya tanpa sokongan bukan Melayu.

Katanya, sekiranya tidak ada usaha untuk mengamalkan kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu Umno akan hilang pada pilihan raya akan datang "bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi."

"Kita harus belajar dari keputusan pilihanraya umum yang lalu di mana jelas kita hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu," katanya yang juga ahli parlimen Rembau.

Ketika berucap di perhimpunan agung pergerakan tersebut hari ini, Khairy berkata, keadaan itu bermakna, untuk menang mestilah dengan sokongan dari semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

"Kalau kita mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas. Inilah hakikat dan realitinya," katanya.

Sementara itu, berhubung isu ekonomi, Khairy mempersoalkan kenapa terdapat anggota parti itu yang takut dengan gusar dengan ekonomi berteraskan merit melalui Model Baru Ekonomi (MBE),

Maaf, apa saya dapat dari DEB

"Mengapa kita perlu gusar apabila mereka yang berkebolehan, yang genuine, diberi peluang untuk ke depan? Apakah kita terlalu dengki dengan bangsa sendiri yang rajin dan berbakat sehingga kita sanggup menghalang kejayaan mereka?

"Adakah kita umpama ketam di dalam bakul yang menarik turun sesama sendiri?" soal Khairy bertubi-tubi.

Beliau juga mengakui terdapat persepsi negatif terhadap pendekatan terdahulu Dasar Ekonomi Baru (DEB) di kalangan anak muda.

"Apabila saya ceritakan soal DEB dan perjuangan bangsa, mereka jawab: 'Minta maaf. Apa yang saya dapat dari DEB?' Gaji mereka di bawah paras kemiskinan, ramai di kalangan mereka berhijrah ke bandar di mana kos sara hidup meningkat dengan lebih pantas dari pendapatan. Mereka Melayu, Bumiputera tetapi nikmat DEB tidak mereka rasai.

"Tanggapan mereka – persepsi yang mereka ada – DEB hanya menguntungkan segelintir Bumiputera elit yang ada kabel besar. Bagi golongan ini, sasaran ekuiti 30 peratus tidak bermakna kerana kebanyakkan mereka tidak pernah dan tidak mampu untuk membeli saham," katanya.

Sehubungan itu, Khairy berkata, realiti itu menuntut kerajaan membuat perubahan melalui MEB yang didakwa sebagai "pengemaskinian terhadap cara pelaksanaan agar segala kelemahan DEB dapat diatasi".

Malaysiakini/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalammulaikum,

Apa yang sdra KJ perkatakan itu memang benar, baguslah jika kini KJ sudah mula menyedari hakikat kebolehan yang genuine dan ketam dalam bakul itu. Contoh itu juga mencerminkan keperibadiannya semasa berkuasa. Mengapa sudah lupa ke akan peristiwa Tingkat-4 sana. Hinggakan yang bergelar TUN pun boleh terpelecok kakinya. Kini konon mahu berkaki ayam beradu lari di padang yang rata.

Kalau lima tahun dulu di Tingkat-4 kiraan mathematic peratus Melayumu itu pun tentu dikatakan accurate sekali, dan akan ada guru lepasan Tanjung Malim yang sedia memberi 101% markah atas kebijaksanaan kamu mengira, sampai tercengang Adi Putra kau sergah.

Sekarang lain KJ. Orang-orang tua di kampungku di Rembau yang tidak habis bersekolah kerana perang Jepun meletus pun pandai mengira. Dan kalau pasal duit tak pernah salahnya, tapi kiraan mereka tak banyak 000-nya. Siapa agaknya yang pandai mengira hingga berbelas 000 dan komarnya itu. Kalau bukan yang KKK sahaja.

Rupa-rupanya kata-katamu belum mencerminkan orang yang cerdik. Ramai Melayu yang sukakan kamu bukan setakat orang kampungku sahaja, tetapi tingkah lakumu mengecewakan kami, hinggakan bapa-murtua yang kami sanjung tinggi dulu juga jatuh hanya dengan sebab tergelincir sahaja.

Kalau nak kira kerusi yang banyak gunakanlah Klik-Klok Cina. Orang kata tepat jawapannya. Pakai tasbih jelas kau tak pandai. Kau carilah sendiri mana salahnya. Kalau aku tunjukkan pun nanti, kau akan marah, mahu benjol dek lotaran kamus oxfordmu kemuka ku. Tidak keruan aku jadinya.

Wassallam.

Tanpa Nama berkata...

Diantara calon BN yang akan ditolak oleh para pengundi melayu adalah awak sendiri wahai Khairi Jamaludin al-menantu Pak Lah Bad Awi.

Nak tau kenapa ? Lu sendiri lah cari jawapannya atau tunggu selepas lu sudah bungkus baru kami akan bagi tahu kenapa.

Tanpa Nama berkata...

Dia tipu, nak bagi Pakatan Rakyat berasa selesa. Perang kali ke 13 belum bermula, mana mungkin kita diisyhtihar menang.

DULU TINGKAT-4, SKGR 100 TINGKAT??? berkata...

PADE DOH 18 TAHUN (CUKUPLAH 18 TAHUN PERINTAH KELANTAN)...KENYATAAN ANGKUH PEMUDA UMNO PIMPINAN ANAK MENANTU 2008 LALU DIKELANTAN YG BEGITU SOMBONG/ANGKUH INGIN MENYERANG DAN MENGEPONG KELANTAN SEBAGAIMANA ANGKATAN PERANG AHZAB/PERANG PARIT/PERANG KHANDAQ MENGEPONG MADINAH, BERTUJUAN MENGUBURKAN PAS DI KELANTAN....
(Pengalaman kerajaan PAS di Kelantan yang dipisahkan dengan satu kerusi, namun mampu bertahan sepenggal tiada tolak bandingnya...REKOD DUNIA. Cuba bayangkan PAS – 23 dan BN – 22, PAS hanya seperti telor di hujung tanduk sebelum Mac 2008-SEMUA INI PERTOLONGAN ALLAH)

SEMUA ORG2 UMNO TERUTAMA PEMUDA BE END BERSORAK-CERIA MENYERANG PAS DI KELANTAN, YG DIANGGAP SEBAGAI KUBU TERAKHIR PAS, SAMBIL UMNO MENINGGALKAN KAWASAN KUBU MASING2...

KESUDAHANNYA, YG DIKEJAR TAK DPT, YG DIKENDONG BERCICIRAN...UMNO TINGGAL DUA BATU NESAN DIKELANTAN, TERSEMBAM DI KEDAH, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN!!!

ADUH MALUNYA KETUA PEMUDA UMNO, PATUTNYA DH DIPAKSA MELETAK JAWATAN SELEPAS TSUNAMI PERTAMA 2008 PRU-12 ITU...MUNGKIN TSUNAMI KEDUA NATI DIA AKAN LETAK JAWATAN.

ITULAH, JGN ANGKUH...KUASA DITANGAN ALLAH...

TENTERA AHZAB SKRG DAH KENA AZAB...
JENTERA UMNO/BE END DI KETUAI MAT SEMBAB...
PUTERI UMNO DUK CERITA PASAL DEBAB...
(SINDIR KETUA PUTERI SENDIRI KE)
SEMUA DUK PIKIR CNER NAK REMBAT DUIT RAKYAT ITU PSL PERJUANGAN JADI LEMBAB...
SBB TU MUKA SORG2 MCM MUKA KEBAB...