12 Zulkaidah 1431H.
PARIT BUNTAR, 20 Oktober : Drs. Khalil Idham ADUN Titi Serong berkata bahawa UMNO masih gagal dalam usaha meyakinkan rakyat dan segala usaha terakhir yang dilakukan UMNO masih menemui jalan buntu.
Selain itu UMNO menerima tamparan bila salah seorang pimpinan UMNO veteran keluar parti iaitu ahli politik veteran yang membawa UMNO ke Sabah, Datuk Karim Ghani mengumumkan keluar parti itu.
"Kelmarin bangunan yang pejabat jadi Pejabat UMNO di Kota Bharu dibeli oleh Pemuda PAS kelantan , dan ini bagi saya satu tamparan kepada UMNO dan BN" Kata Drs. Khalil.
Selain itu, Dr Asri yang juga Bekas mufti Perlis bila mengulas mengenai perkembangan UMNO kini, menurutnya,“saya kira mengapa orang menolak parti-parti yang banyak berjasa dahulu kerana parti itu tidak berubah. Parti itu dilihat sebagai kaku dan tidak dinamik. Mereka tidak berubah mengikut masa,”katanya .
Disamping itu, menurut Drs. Khalil yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, UMNO selama ini hanya memandang bahawa rakyat “kebulur” dengan politik pembangunan dan ini berlaku secara maksima setiap kali PRK diadakan, "Keadaan yang sama akan berlaku di Galas" , tegasnya.
"Hakikatnya janji pembagunan tersebut hanya “gula-gula” buatan UBN setiap kali pilihanraya , dan kini UMNO sedang menerima balasan di atas perbuatan mereka (BN) kerana memperbodoh dan cuba mengelirukan rakyat Malaysia" katanya.
Selain itu Drs. Khalil juga menegaskan usaha UMNO untuk menunjukkan dia adalah juara dan pejuang bangsa Melayu dan Agama adalah usaha terakhir UMNO yang pastinya akan ditolak oleh rakyat.
"Sekarang ini pemimpin UMNO bercakap bahawa sikap UMNO yang memperjuangkan bangsa adalah sesuatu yang tidak salah. Namun perlu saya tegaskan yang salah kerana UMNO terus berjuang dengan asas Melayu UMNO yang telah khianat kepada bangsanya sediri dan khianat kepada agama Islam, Orang Cina dan India tidak bencikan Melayu tetapi mereka bencikan UMNO yang rasisi itu" Jelas Drs. Khalil
Drs. Khalil juga menegaskan yang paling menyedihkan ialah sikap pemimpin UMNO , dan malah melahirkan pegawai-pegawai yang rasis sehingga sanggup menghina bangsa lain secara terbuka dan dalam majlis rasmi. Macamlah Melayu saja yang selamat di dunia ini.
Kerana itu baginya yang merupakan ADUN Perak dari PAS yang berbangsa Cina itu, UMNO tidak nampak tanda-tanda untuk berubah dan terus mempertahankan perjuangannya.
"Eloklah UMNO bertegas dengan perjuangan salahnya dan ditolak oleh bangsa lain, dan kerana itu mempercepatkan kemenangan Pakatan Rakyat kembali berkuasa di Perak dan Putrjaya" Tegasnya dalam pertemuan singkat di pejabatnya di sini.

1 ulasan:
Rakyat sabah
saya pun pelik, slogan umno ni "hidup melayu". haha. saya etnik bumiputra Islam di sabah kekadang lucu jugak la dengan UMNO ni. Nak perjuangkan orang Melayu macam orang melayu ni tinggi martabatnya di sisi agama Islam. Semua manusia sama martabatnya, melainkan amal ibadatnya. kepada pemimpin UMNO, kembalilah kepada ajaran agama Islam.
Saya ambil contoh bangsa Arab yang dianugerahkan Nabi akhir zaman (Nabi Muhammad s.a.w.} dari kaum mereka pun tak adalah pulak sampai nak berlagak pertahankan bangsa "arab" dalam dunia ini. Tak seperti Yahudi yang diutuskan dengan begitu banyak Nabi untuk membetulkan akidah sebelum kedatangan Islam, begitu sombong dan angkuh di bumi Allah.
Bukan niat saya nak mempolitikkan bangsa dan agama. Tetapi pada aras pandangan rasional, UMNO merupakan parti rasis, lebih rasis daripada parti pembangkang. Bukan bermaksud mempersoalkan kredibiliti barisan memerintah, tapi Sabah terus dilabelkan sebagai negeri termiskin di Malaysia. Sabah dengan kadar kemiskinan tertinggi sebanyak 17%, sehingga kini masih dipinggirkan. Projek-projek mega disalur ke semenanjung Malaysia. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah fakir. sabah bumi yang kaya dengan pelbagai hasil semulajadi seperti balak, petroleum, pertanian dan perikanan.
Hingga kini kekayaan sabah dieksploitasi oleh kerajaan pusat, dan menjadi negeri termiskin.
"Tidak mengapa jalan raya di sabah tidak berturap, asalkan orang melayu di semenanjung terjaga. Tidak mengapa penduduk sabah tidak berelektrik, yang penting kita besarkan Kuala Lumpur dan bina Lebuhraya 8 lorong di semenanjung. Sampai masanya nanti, pemerintah pusat akan sedar betapa besarnya sumbangan sabah kepada mereka."
Bangkitlah rakyat sabah. Lebih baik Kita berpisah dari persekutuan Malaysia, daripada dipergunakan dan hidup miskin dan dihina di negeri sendiri. Lihat lah Brunei. Jadilah seperti mereka.
Catat Ulasan