18 Oktober 2010

Muzakarah UMNO dan PAS : Zambry tidak hadir.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain sedang memberikan pandangannya. Berbaju kuning, Dato Thasleem penganjur program

9 Zulkaedah 1431H.

IPOH, 17 Okt.:- Saya menegaskan bahawa tindakan saya menganjurkan program kita pada hari ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik seperti dituduh oleh beberapa pihak. Tetapi saya menganjurkan muzakarah ini atas tanggungjawab sebagai seorang muslim dan anak Perak.. Demikian kenyataan Dato Thasleem Mohamed bin Ibrahim Al Haj sebagai penganjur Muzakarah Bersama Umno dan PAS (Pecah Amanah Pengundi) yang diadakan disebuah hotel di sini hari ini.

Muzakarah tersebut diadakan oleh Dato Thasleem itu dihadiri oleh Menteri Besar Perak yang telah disingkirkan , Dato. Seri Muhamaad Nizar Jamaluddin, Speker PR Perak, V. Sivakumar, ADUN PR, Khalil Idham Lim/Titi Serong, Muhd Zainuddin/Lubok Merbau, dan Anuar Sudin/Changkat Jong. Hadir sama Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain dan Timbalannya Dr. Khairuddin Dato Abdul malik.

Sekitar 15 orang rakan media yang datang dan selain itu peserta muzakarah lain ialah dari para NGo dan wakil-wakil parti politik .

Dato Thasleem juga menyatakan dalam ucapan alu-aluan itu ialah mengenai usahanya menghubungi semua pihak antaranya PM Malaysia, Timbalannya, MB Perak, Dr. Zambry, Mufti Perak, Dr. Harun Din dan semua parti politik seperti MCA, MCA, PPP dan beliau menunjukkan longgokan salinan surat yang telah dikirim.

Mengenai surat kepada Dr. Zambry beliau telah menghantar surat pertama sejak bulan September namun hanya mendapat jawapan pada 15 Oktber yang lepas dengan faks menyatakan tidak dapat hadir.

"Tetapi takkan tidak ada wakil dan penasihat agama yang boleh mewakili beliau pada hari ini" jelasnya dalam nada kesal.

5 ulasan:

azim berkata...

mereka tu berani berkokok depan media perdana aje..ajak berdebat mana pernah mereka ada teloooor....

Tanpa Nama berkata...

jamil khir x mai ka?

Tanpa Nama berkata...

Kalau Muza-joget, Muza-loncat, Muza-nyanyi tak payah jum-heboh-heboh pun bolehlah kite datang. Dalam Muzakarah ni aku kena tahu hadis dan tafsiran, kalau tak tahu macam mana aku nak jawab soalan?. Biar malu kat belakang jangan termalu kat depan. Yang nganjur pun satu. Aku ni ManaBoleh tau ?.

Tanpa Nama berkata...

zambri nak cakap pasal islam (quran dan hadith)? pusingan pertama dah nak terkencing, nak tekincit, megheco-gheco meleleh ikut kaki sampe ketumit (dato seri niza faham bahasa ini), tau-tau bau hancing peghin je.

Tanpa Nama berkata...

zambri tak hadir kerana dato thasleem tidak beri jaminan untuk membekalkan PAMPERS (nanti kalau tercirit sapa yang susah)