12 Oktober 2010

Tipu warga emas: Umno kutip wang 'haram'

03 Zulkaedah 1431 H
Oleh: Warta Rakyat

KUALA TERENGGANU, 10 Okt: Sehingga kini tidak ada satu sen pun wang yang dikatakan diserahkan oleh warga emas di negeri itu kepada Umno diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang Ustaz Salleh Man (gambar).

Langkah ini, bagi beliau menunjukkan Umno cuba menipu warga emas di negeri itu dengan membuat provokasi kepada mereka kononnya wang itu haram lalu di serahkan kepada Umno.

"Seperti yang diakui oleh Ketua Menteri, sehingga hari ini satu sen pun wang tersebut belum diserahkan oleh Umno kepada kerajaan negeri. Kalau wang itu haram, serahlah kepada kerajaan negeri," kata beliau dalam ceramahnya dekat Kuala Nerus malam semalam.

Salleh mendakwa, UMNO tidak sudah-sudah memainkan sentimen perkauman dan agama di Pulau Pinang agar orang Melayu bangkit menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.

Padahal selama ini, apa yang dilakukan oleh Umno Pulau Pinang ketika bersama-sama Barisan Nasional yang dipimpin Gerakan memerintah negeri itu, soal Salleh.

"Adakah kerana menerima laba dan kemewahan mereka lupa nasib orang Melayu dan Islam, tapi bila Pakatan Rakyat memerintah mereka baru tersedar selama ini orang Melayu telah dipinggirkan," tanyanya.

Akhirnya, kata beliau, kerajaan Pakatan Rakyat dipersalahkan akibat kesilapan UMNO
selama ini.

Menurut Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, di bawah kepimpinan PR nasib orang Melayu mula terbela di negeri itu.

"Peruntukan sekolah agama rakyat telah disalurkan oleh kerajaan negeri, wang ehsan untuk wargamas diberikan, tabung khairat kematian dan pelbagai kemudahan lagi diberikan kerajaan Pakatan kepada rakyat," katanya.

Kejayaan Kerajaan PR ini sebenarnya melahirkan rasa cemburu dan khianat Umno, katanya.

"Mereka telah dan akan melakukan pelbagai helah dan kerja jahat untuk memburukan imej Ketua Menteri dan kerajaan PR," cerita Salleh dalam ceramahnya itu.

Harakahdaily/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum DrsKILim,

Nak ingatkan kamu juga Drs., jangan sampai terlupa peringatkan kerajaan negeri tu untuk ambik balik duit-duit tu. Itu duit Rakyat tak kiralah dari mana asalnya. Jangan marah kalau dia mintak komisen nanti. Bagi saja tak kisahlah 1% ke 70% ke. Mesti telus, kena bagitahu pada Rakyat. Bukan senang Nana seorang tu nak kutip, modal sewa khemahnya pun dah beribu. Juru gambar, makcik, mami lainnya tu pun nak minum juga.

Itulah orang Tanjung, kalau buat gotong royong ramai-ramai cuci longkang kawasan rumah kita lagi bagus. Buat slogan BN besar-besar,nanti dia kasi duit. Boleh berkenalan, berkempen, promo diri, menderma dan promo parti. 5-dalam-1. Beli penyapu, cangkul dan lainnya bil sahaja kat kerajaan negeri. Kalau tidak Umno pusat pun boleh bayar, kacang saja. Janganlah nak tunggu seminggu sebelum pilihan raya baru nak buat suai-kenal. PiEm dan UMNO pusat tentu bangga. Lainlah kalau sememangnya Pusat hanya iktiraf akitiviti yang ada haram-haram saja, atau yang belanjanya beratus ribu.

Aku dulu sokong UMNO dan dah lebih 50 tahun sejak umur aku 10 tahun lagi. Ingat aku zaman Perikatan dulu. Parti Padi, Parti Lembu, Cap Kunci, Cap Payung tak mainlah. Ingatkan di PRU-13 ni aku nak taubat nak sokong balik UMNO, tapi Nana ee dah kacau daun pulak, buat kami macam orang bodoh saja. Duit dah buat belanja kena korek duit tabung. Lama-lama tunggu pun taklah bagus takut jatuh cinta pulak kat DAP. Agak-agak hendak tak DAP terima kami orang Melayu. Aku dulu pangkah DAP sebab tempat aku tak ada PKR dan UMNO. Bye dR nanti kita tulis lagi.

Tanpa Nama berkata...

YB ,saya nak tanya... betulkah sesiapa yang mendapat anak di Daerah Kerian telah/akan diberi RM:200 oleh YB UMNO?. Saya tanya sebab kawan saya dapat anak dan beliau hendak mengambil/tuntut wang tersebut di Bagan Serai (Pej.UMNO).Kalau betul kenapa mereka tidak menghebahkan kepada semua warga daerah kerian. Bukan apa takut nanti mereka klim dari pusat/negeri mengikut jumlah kelahiran yang didaftar, tetapi tak semua ibu bapa yang tahu/tidak tuntut. Duit yang tidak dituntut depa masuk poket.Ini memang kerja UMNO nak kebas duit rakyat...

Idham Lim (林川興) berkata...

setahu saya tidak ada, khabar angin macam2 kena periksa dulu......bantuan bers negara pun tak nampak sebiji untuk orang miskin, huh nak bagi rm 200 pulak, tunggu kucing bertanduklah nampaknya..