06 Oktober 2010

UMNO Penang kata haram, Mama Bik kata tidak.....

26 Syawal 1431 H

UMNO kata wang ehsan warga mas Pulau Pinang adalah haram,kononnya berpunca daripada hasil judi. Pak Cik dan Mak Cik di bawa sibuk memulangkan balik wang RM1oo itu.....

Kalau haram pasal apa Mama Bik, bini PM 1Malaysia,merangkap Presiden UMNO terima sumbangan daripada pusat judi 1Malaysia, Genting Sdn. Bhd.?......

Bukankah PM merangkap Presiden UMNO, Najib Tun Razak yang meluluskan lesen judi ini, itu tak haramkah?.....

termasuk judi bola, yang ditarik balik baru-baru ini..

mana para ustaz dan mufti UMNO, tolong komen mai......

Kalau UMNO cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji dan elaun yang diterima wakil-wakil rakyat,menteri,TPM dan PM UMNO juga adalah haram.....

Alahai UMNO meroyan lagi !!!!!!!

Ini adalah jawapan Najib 1Malaysia ketika menjawab soalan ahli parlimen dari Rasah iaitu YB Loke.....

“untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan...

bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.”

Maksud Najib ialah, hasil cukai negara telah bercampur aduk dari yang halal kepada yang haram. Jadi apakah perbezaannya antara dua kerajaan ? Mungkin Azhar,Reezal Merican dan penyamun2 UMNO Penang ni dah buta perut kot?

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

puak2 umno ini tidak pernah rujuk kepada alaim ualamak bila sesuatu kes agama. mereka buat keputusan sendiri sedangkan mereka jahil ugama. seperti rezal merican apa yang dia tahu hal sebenarnya, aleh2 keluar bersembok dari mulutnya mengata itu ini. dimana perginya alim ulamak dan mufti di malaysia ini. sepatutnya mereka ini yang lebih arif dan lebih berilmu dalam hal ini. mereka terus diam kerana takut periuk nasi bocor. pada saya orang2 ni tak sepatutnya bergelar ulamak pewaris nabi. mereka harus dikenal pasti dan harus dipecat dari hidup makan gaji buta. mereka ini tidak takut lansung apa hukuman Allah bila dikuburkan nannti.

Tanpa Nama berkata...

sye rse datin seri rosmah mansor tak kate pon halal atau pon tak haram. jaga2 bila anda kata begitu, ia bermaksud dia telah menghalalkan sst yang haram..tp mungkin dia hanya terlibat dalam perkara itu..kalau benar tuduhan anda itu maka dalam wajtu sama anda menuduh dia kafir kerana siapa sahaja yang menyatakan sesuatu yang haram adalah halal maka dia sesat lagi kafir...seperti mana orang yg tak sembahyang dan orang yang mengatakan sembahyang tak wajib..apa beza keduanya?

orang tak sembahyang tak kafir tapi fasiq sahaja, dia masih islam.

tapi orang yg kedua yg mengatakan sembahyang tak wajib maka dia telah kafir.

wallahua'lam..minta penjelasan

Tanpa Nama berkata...

Isu duit judi di Pulau Pinang adalah kaedah UMNO untuk mendapatkan wang melalui rompakan terbuka terhadap warga emas melalui bukti dan fatwa palsu. Adakah kita pasti wang dipulangkan itu benar-benar kembali kepada kerajaan negeri. Atau akan masuk ke kantung pihak tertentu?

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Rasanya dalam gambar tu ada Dato' Zahid Hamidi. Patutla dia diam saja bab duit lumba kuda di Pulau Pinang. Dia mengaji agama tentu tau halal haram (pinjam kata-kata seorang Imam yang turut bagi balik RM100 kat UMNO hari tu).

Tapi dia diam saja kerana dia tau duit tu dah jadi hasil kerajaan, jadi tidak haram langsung kalau terima dari kerajaan.

Yang bising di Pulau Pinang tentang bukan sebab agama tapi sebab poltik aja. Mana tau kot-kot dapat undi lebih dari orang Melayu, dapat rampas balik PP dari Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

kesian kat warga tua d p.p,terus dan terus di perbodohkan dek politik tampa agama.cuba lah berpolitik jgn memyusahkan rakyat,

musi berkata...

Salam;
tulah berpolitik pun seperti profesi yang lain jugak, kena ikhlas dalam amal dan niatnya. kalo tidak ikhlas dan tujuan nya tersasar itu lah menjadikan mulut dan lisan nya liar ikut suka nak kata tanpa memikir akibat kepada orang lain dan sasaran nya shingga menyesatkan. tambah kalo tak didasari ilmu pengetahuan agama.
kalo dah pegang replika cek tu kira dah mengharuskan hukumnya. kita yang masih waras ni mai lah berpegang pada ilmu agama dan berbuat lah kebaikan tinggalkan kemungkaran.
Janganlah fitnah memfitnah- kita nak lawan yahudi laknat tu, kena lah taat dan khusyu' mejalani amal ibadah yang fardu dan yg amat dituntut. yahudi menjadi takut jika kita taat kepada allah dan agama allah.

Tukang Kata berkata...

kalau tanya tu sure para pencacai akan defence habis -habisan bik momma mcm biasa senyap je.aku rasa inilah jawapan2 sial yang pencacai tu akan bagi:
1-rezeki jangan ditolak
2-duit tu hasil dari taman tema jer
3-yang serah cek tu pun melayu

Tanpa Nama berkata...

aloo ano 10.58: kalo ikut hang punya Qias 'halalkan haram @ haramkan yg halal" jd kafir apa mcm UMNGok kat penang tu yang pandai2 kata haram benda yg halal....bole rujuk dr asri@ us zahirudin atau kalo tak percaya jugak dgn diorang hang bole cari sendiri dalam kitab Majmuk karangan Imam Nawawi jilid 9.
2. Qias dua :Saya tak kata arak haram saya cuma tukang tuang,tukang angkat dll jer...samalah dosa oiii..
3. Qias 3 :Saya tak kata saya murtad, saya cuma berlakon jer jadi sami/paderi dll ....kira kafir da...hang ingat semua hukum perlu dilafaz ka.....redha dgn maksiat kira maksiat la...