03 Zulhijjah 1431 H
Oleh : Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Gara-gara menegur sikap ahli parlimen bebas Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang membangkitkan isu 'sosej babi', Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dihalau keluar dewan.
Insiden bermula apabila Zulkifli membangkitkan isu seorang pelajar dirotan akibat membawa sosej babi yang dimasak oleh ibunya, ke sekolah dalam satu kes yang berlaku di Kuching.
Zulkifli juga mendakwa bahawa bapa pelajar berkenaan beragama Islam dan semestinya anak tersebut juga seorang Islam.
Justeru, tidak wajar bagi seseorang Islam membawa makanan haram ke sekolah.
Namun, menurut Dzulkefly, isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.
Isu tersebut semalam dibangkitkan Chong Chieng Jen (DAP-Kuching).
Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat kemudiannya membantah dengan mendakwa tidak wajar ruang perbahasan bajet Jabatan Perdana Menteri diguna membangkitkan isu agama yang boleh mencetuskan ketegangan.
Lantaran itu, Zulkifli yang juga bekas ahli PKR, kemudian menanyakan pendirian PAS berhubung perkara itu lalu menuduh PAS berdiam diri dalam isu tersebut dan mendakwa parti itu menghalalkan orang Islam makan babi.
Kenyataan itu kemudiannya membangkitkan kemarahan bukan sahaja Dr Dzulkefly, malah sebahagian ahli parlimen Pakatan Rakyat lain.
Turut bangun membantah Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), dan Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja).
Tidak berpuas hati dengan kenyataan Zulkifli itu, Dzulkefly kemudiannya bangun membantah sehingga dewan menjadi kecoh dan tidak terkawal oleh Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Jaafar.
Speaker kemudiannya mengarahkan Dr Dzulkefly duduk namun tidak diendahkannya ekoran Zulkifli terus menyerangnya.
Ekoran itu, Speaker mengarah Dzulkefly keluar dewan.
"Apa yang memanaskan saya apabila saya disuruh saya duduk, dalam masa sama Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) terus menerus menyerang PAS, serang Islam dan serang saya," katanya ketika ditemui sewaktu keluar pintu dewan.
Pada sidang media selepas itu, Dzulkefly mendakwa ahli parlimen Kulim Bandar Baharu sengaja menggunakan ruang perbahasan untuk mencetuskan pertentangan.
"Dalam semangat toleransi beragama, Kulim Bandar Baharu membuat satu penyataan yang menunjukkan orang Islam ekstrem.
"Kalau benar mahu bahas isu ini, bukan di sini, tapi Kulim Bandar Baharu terus mengatakan bahawa inilah PAS, yang menghalalkan orang Islam makan babi.
"Inilah cara paling jahat yang sebenarnya mengkhianati agama atas kononnya untuk memperjuangkan agama," katanya kesal.
Sementara itu, Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) pada sidang media sama turut mengecam sikap Zulkifli.
Katanya, Zulkifli tidak bertanggungjawab dan tidak mengamalkan konsep Islam moderat yang mahu ditonjolkan kepimpinan negara.
"Saya terkilan kerana Kuala Selangor (Zulkefly) menjadi mangsa dalam usaha pertahankan apakah Islam yang sebenar,” ujarnya.

17 ulasan:
mungkin dia cuba menjadi hero dan membina nama kononnya pejuang islam...
kulim tu mmg dah lama bercita2 nak jd hero pejuang islam...tanye die knp x pilih parti yg berlandaskan islam? naik je die,dah mula buat huru hara...
pening ke ape Y.B kulim ni.... ke sasau...
ke merapu meraban tahap gaban....nak naik sentimen kaum.. pru 13 harap letak calon yang terbaik..
rakyat menaruh harapan tinggi... kpd wakil nye..
Katak ni ambil peluang nak bercakap lps PRU 13 nanti x boleh bercakap dah....cuma boleh bercakap dalam "Mesyuarat Tingkap" saja laaa....biarlah dia terjun dgn labu-labunya.....
YB Kulim Bandar Baharu tue taraf dia lebih JIJIK dari SAMPAH.....
erm, mmalukan sje sbb nnt n0n muslim kfkir yg bkn2 psal PAS & ISLAM lak.....
Yang pelik UMNO/BN... konon anti ekstrim... kata2 Hillary (jangan ekstrim)dicanang baik dan betul...tapi kalau pasal nak perguna orang hentam PAS, orng macam Zulkifli Nordin pun laku habis... isy..isy... kesian depa...kesian lagi Zulkifli Nordin, orang cerdik tapi kurang akal.
INSAFlah umat besaudara dan perlu saling tegur menegur....tak perlu menyalahkan orang lain. Fitnah memfitnah di keji ALLAH SWT
Dia nie kena cepat2 cari parti baru. X kan parti Pakatan Rakyat nak ambil dia jadi calon lagi. Sebab tu lah buat isu yang bukan2. Kalau dapat ... x pun jadi calon bebas.
ni penhujung politik dia, lepas ni org x ambil jd calon pung,
provokasi murahan je yang aku nampak....die macam memang nak bagi orang2 tu marah je....macam aku nak gaduh time sekolah rendah dulu...nak tumbuk dulu takut nanti dipersalah...sooo...provok la...hehehe
pakat-pakat baling tahi kat beruk ni. Semua keset dia ttg kes murtad dulu abis aku buang setelah mengenali perilaku hantu nih.
lps nie mne2 yg sokong anak baginda bole mkn babi rmai2. kalu 1st time nk try tnya idham lim rse babi nie mcm mana.
benda dah jelas depan mata pon masih buat2 buta.
nak bebas? ada duit ke nak labur? hilang wang taruhan nanti.. ehh... silap..takpe bukan duit dia pun.. duit lompat ada saki baki lagi..
Wahai......zulkifli awak seorang peguam,dgn kepakaran yg Allah kurniakan. Awak mermutarbelikkan fakta. Cuma awak tak jadi pembunuh jer...yg lain semua lengkap....
sepatutnya dalam kes ini dan murtad tak perlulah dipolitik kan, orang islam perlu bersatu menghadapi perkara-perkara sedemikian
xlama ada la PERKASI, sepupu PERKASA
Catat Ulasan