03 Zulhijjah 1431 H
Oleh : S Pathmawathy
Jumlah masyarakat Cina dan India yang rendah menganggotai angkatan tentera negara ini mungkin kerana kurangnya “semangat patriotisme”, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawap apabila menjawap soalan yang dibangkitkan oleh Mohd Jidin Shafee(BN - Setiu).
Mohd Jidin meminta perangkaan rekruit terbaru tentera sejak dua btahun kebelakangan ini dan pecahan jumlah itu mengikut bangsa.
Beliau juga ingin tahu punca atau sebab di sebalik kekurangan bangsa-bangsa tertentu menganggotai Angkatan Tentera Malaysia.
Zahid berkata 9,054 pegawai dan anggota lain-lain pangkat diserapkan ke ATM sejak dua tahun lalu, berbanding 14,749 yang direkrut pada 2006 hingga 2008.
Sepanjang 2008 hingga 2009, - 8,151 daripada mereka yang direkrut itu atau 90 peratus adalah Melayu, 26 orang atau 0.29 peratus adalah Cina, 82 orang atau 0.91 peratus India manakala 795 atau 8.8 peratus adalah bangsa-bangsa lain termasuk kalangan bumiputera dari Sabah dan Sarawak.
“Kementerian mendapati pembabitan bukan Melayu, khususnya di kalangan masyarakat Cina dan India di bawah tahap yang memuaskan.”
Selain kekurangan “semangat patriotik”, Zahid berkata ia juga mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain.
“Mungkin kerana takut disiplin ketenteraan yang ketat, gaji yang rendah berbanding swasta atau tiada galakan daripada keluarga,” kata Zahid.
Dilabel pengecut
Beliau juga berkata ia mungkin disebabkan kekurangan sokongan daripada masyarakat berkenaan sendiri ataupun tanggapan negatif terhadap ATM.
Namun kata Zahid, yang juga adalah ahli parlimen Bagan Datoh, kerajaan tidak pernah meletakkan kuota untuk ATM dan semua pengambilan rekrut baru dibuat berdasarkan kelayakan, minat dan juga secara sukarela.
Tidak puas hati dengan jawapan Zahid itu, ahli parlimen DAP yang mewakili Ipoh Barat DAP M Kulasegaran bangkit membuat bantahan menurut Peraturan Dewan 36(10)(c).
Kulasegaran menuntut menteri itu memohon maaf berhubung kenyataannya bahawa bukan Melayu kurang semangat patrotik punca mereka kurang minat menganggotai angkatan tentera.
Oleh kerana Zahid telah meninggalkan Dewan Rakyat ketika itu, Kulasegaran melabelkan menteri itu sebagai 'pengecut' meskipun sebelum itu telah dimaklumkan supaya terus berada di parlimen.
Namun sebaliknya, speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak mengarahkan Zahid untuk menarik balik kata-katanya tetapi menegur Kulasegaran kerana mengeluarkan kata-kata yang dianggap tidak sesuai, iaitu perkataan “pengecut”.
Sementara itu, beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat pada sidang media kemudian berkata kenyataan Zahid itu rasis, tidak berasas dan menyinggung perasaan bukan Melayu.
"Saya terkejut dan terluka apabila 'tidak patriotik' tersenarai sebagai faktor kenapa bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera.
"Kenyataan itu tidak boleh diterima seolah-olah bukan Melayu ini tidak setia kepada negara," kata Kulasegaran.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin (PAS-Bukit Gantang) (atas, kanan) pula berpendapat, kemungkinan bukan Melayu kurang minat menyertai tentera kerana sering berlaku penyelewengan dalam pasukan itu termasuk kes kehilangan dua enjin jet kapal terbang.
"Kenyataan itu bertentangan dengan 1Malaysia. Saya rasa mereka yang bukan Melayu ini tidak mahu terjebak dengan penyelewengan yang berlaku dalam tentera," katanya.
Bagi Khalid Samad (PAS- Shah Alam) pula, beliau yakin bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera kerana tidak mahu dipergunakan untuk kepentingan politik Umno.
Malaysiakini/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan