21 Disember 2010

Bekas pegawai Sime Darby didakwa terima suapan RM200,00

15 Muharam 1432H

Seorang pegawai kanan Sime Darby Holding Berhad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menerima suapan wang tunai sebanyak RM200,000 berkaitan cadangan mendapatkan kontrak bernilai AS$134.2 juta.

Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin Sime Darby Engineering Sdn Bhd Mazhazmi Jamaludin didakwa menerima upah kerana kononnya mencadangkan MLC Shipbuilding Sdn Bhd dan mengesahkan bayaran tertentu bagi beberapa projek.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mazhazmi didakwa bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum bawah Sekysen 16 akta yang sama.

Hakim Rozilah Salleh menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM20,000.

Sementara itu, peguam kepada Mazhazmi, Shamsul Sulaiman memberitahu mahkamah, anak guamnya dibogelkan, ditutup mata dan diminta berdiri dengan sebelah kaki oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa sesi soal siasat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Shamsul juga berkata pihaknya akan membuat laporan polis berhubung dakwaan salah laku terhadap Mazhazmi selepas ini.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Mak jijik nyah tengok muka2 orang melayu yang rasuah apatah lagi yang muda2 seolah2 bermegah2 dengan hidup makan suap.

Bila muka terpampang di akbar dan tv lalu terbayang siapakah mak bapak mereka sehingga melahirkan anak2 yang berperangai kotor...yang lupa diri nak hidup senang dengan cara haram.

Di dunia pun orang tak heran, ni kan di akhirat.

Yang kena tangkap tu ada hikmahnya untuk jadi baik tapi yang tak kena tangkap tu la yang paling menggerunkan macamana nasib anak2 yang bakal ditinggalkan mewarisi harta Qarun.

Tanpa Nama berkata...

Kita jangan jadi hakim. Biar beliau di bicarakan dulu, baru kita boleh buat komen.