01 Disember 2010

KUNUNNYA AKULAH PEJUANG ISLAM......

24 Zulhijjah 1431H
Oleh : WFAUZDIN NS

KECOH puak-puak tu apabila seorang Perwakilan PKR bukan berugama Islam membaca terjemahan dari ayat Al-Quran yang tidak tepat. Membaca terjemahan ayat Al-Quran dengan silap, dibandingkan dengan sengaja memutar-belitkan ayat Al-Quran, mana lebih besar salahnya? Jawab sendiri.

Perwakilan tersebut bukan berugama Islam, cuba membaca terjemahan dari ayat Al-Quran tetapi kerana kejahilannya tanpa merujuk kepada yang arif di kalangan orang Islam, maka pada saya salahnya kerana tidak bertanya atau merujuk ayat tersebut terlebih dahulu.

Niatnya baik, iaitu ingin memetik apa yang terkandung di dalam Al-Quran itu. Beliau sedikit pun tidak menghina mana-mana hukum atau ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran, cuma beliau salah dari segi membaca terjemahan. Itu saja.

Bagaimana pula mereka yang mengaku Islam, arif tentang terjemahan malahan tafsir Al-Quran itu dengan sengaja memutarbelitkan ayat Al-Quran demi politik dan kepentingan mereka? Golongan ini menolak hukum Islam, menghalalkan Akta zalim ISA, tidak menggunakan Mahkamah Syariah di dalam satu-satu kes tertentu seperti kes Qazaf DS Anwar, dan banyak lagi yang mereka langgar ajaran Islam yang terkandung di dalam Al-Quran tersebut.

Bagaimana dengan kerja Khurafat seorang pemimpin politik di Perak? Golongan manakah yang selama ini memutarbelitkan ajaran Islam sehingga tercetusnya isu orang bukan Islam memasuki masjid dan tidak menutup aurat? Ajaran Islam secara terang-terang mengharamkan judi tanpa ada khilaf, tetapi golongan mana yang menyokong dan membenarkan lesen judi ini?

Siapa lebih tidak berakal? Perwakilan bukan Islam tadikah atau golongan ini? Jadi, usahlah cuba menjadi seolah-olah pejuang Islam sedangkan tangan itulah yang membenarkan maksiat berleluasa dan tangan itulah yang menentang hukum Islam dulu, kini dan selamanya.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcm tu bek bagi je org kafir dok main2 kan ayat alquran..walaupun tafsir..kesucian al-quran perlu dijaga..kalau niatnya betul2 nak belajar dan mendalami agama islam, bukan dalam politik bang oiiiiiiiiiii..boleh ke abang ni bagi jaminan yang dia tu mmg nak peluk islam sebab tu dia baca tafsir ayat al-quran tu..jgn cakap ikut sedap nak cover parti bang..kena fikirkan juga kesucian al-quran itu sendiri, boleh nak baca tapi tengoklah pada tempatnya, tapi kalau dgn berpolitik lebih baik jangan..jangan kerana politik kalam Allah itu diusung ikut suka bang..

Aa berkata...

Tak adenye reti deme tu....

Tanpa Nama berkata...

habo macam mana pun puak dema bukan nya paham.. pendidikan seks lebih dema ndak dari pendidikan agama... he he

Tanpa Nama berkata...

amboi hangpa semua hebat hebat aih pasai al quran nih.Cina dan India dll bukan islam dah mula teringin (ada sikit sikit nak percayalah tu)nak baca Quran, hangpa lalok habih!

Di Malaysia ( yg di dakwa Negara Islam sejak zaman Mahathir)tulisan jawi puak mana hapuskan?Sapa yg akibatkan anak anak melayu buta Quran?

Sapa yg nak hapuskan sangat sekolah agama Rakyat yg banyak ajar ilmu Quran? ! La ni dah ramai anak anak produk akibat tindakan itulah yg buta Quran!Tu yg kalut dan pelik sangat bila bukan islam nak baca Quran , pakat pakat gelak! hangpa gelak apa ni?

Aku pernah lihat di Mekah ada orang rakyat Indon baca surrah Yassin tulisan rumi!APA pengajaranya?Rakyat marhain nak belajar jawi dan Quran tapi pemerintah jahil bangkang! Indonesia yg merupakan umat Islam teramai di dunia tapi bukan negara islam.Parti Islam gagal di sana , kuat lagi puak Pancasila!Kat Malaysia ni hangpa fikirlah!Maka dosa kerana rakyat buta Quran sampai tujuh keturunan nih sapa nak tanggong? aku rasa sapa sapa menteri kabinet yg terlibat dari negara manapun dan ,penyokong penyokong partinya akan dapat habuan di alam barzah nanti. Sejuk hangat juga nih kalau dekat nak sakratul maut nanti.

Aku pernah ingat ada seorang bekas Tim Perdana Menteri yg terlibat dengan peristiwa memali ketika berucap di Singapura berpuluh tahun yg lalu berkata bahawa Malaysia bukan negara islam! Alih alih masa mahathir jadi PM dia kata malaysia negara islam.Oi senang nya jadi Islam! Ingat lepas masuk jawi, sah jadi islam ka?

Dan lepas tu ada pula nak istihar KL jadi Bandaraya Islam!Naik bingong aku, kalau lihat kat Chow Kit tu dan apa lagi kat Bukit Bintang penuh dgn yg bertentangan dgn Islam!
Tambah tambah lagi la ni nak perkemas..hub
hiburan malam pulak dahh.Lagi ramai yg pelik bila tengok orang bukan Islam baca Quran,orang Islam tak bacaaaa NYA pulakkk. malah lantak tonggang teguk wine,hisap ganja dan macam macam lah.
Aku tulis ni saja saja suka ja...bukan nak mengata...cuma aku pelik, hairan, bingong, pening politik la ni...pakai ketayap putih , tapi masa dengar khutbah jumaat sembang nak rak!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
"mcm tu bek bagi je org kafir dok main2 kan ayat alquran..walaupun tafsir..kesucian al-quran perlu dijaga..kalau niatnya betul2 nak belajar dan mendalami agama islam, bukan dalam politik bang oiiiiiiiiiii..boleh ke abang ni bagi jaminan yang dia tu mmg nak peluk islam sebab tu dia baca tafsir ayat al-quran tu..jgn cakap ikut sedap nak cover parti bang..kena fikirkan juga kesucian al-quran itu sendiri, boleh nak baca tapi tengoklah pada tempatnya, tapi kalau dgn berpolitik lebih baik jangan..jangan kerana politik kalam Allah itu diusung ikut suka bang.."
psl pe plak dlm politik x bley gune ayat quran, dlm politik la kne bwk nas quran...coz byk di kalangan bengap2 quran dlm politik 2 n ramai gak yg wat2 x phm nas2 yg sedia ada..klu nk bg jaminan dorg masuk Islam 2 mmg la x bley dik..atles dorg yg kafir pon akur dgn quran...klu nk arap geng2 yg menjadi hamba bangsa ni x tau la bila nk julang quran..jgn kata nk julang nk akur n nk lafaz kalam Allah 2 pon segan n xtau..atles si kafir 2 usung nama Allah...dpt gak org mesia ni tau pe isi quran..bukan usung nama Allah saje2 dik..adik patut buat reseach la..tajuknya "perbezaan antara muslim yg xnak laksanakan adil(Islam) dan kafir yg sukakan keadilan Islam"..fikir dgn matahati..jgn fikir matakaki...wslm

Tanpa Nama berkata...

zz berkata ,,,nak ulas tampa nama berkata
tak ada siapa nak permaikan ayat alquran dengan politik... tapi kita kena tahu hakikatnya puak yang sengaja menyebarkanya berniat jahat dan ingin menjatuhkan dan memutar belitkan ,bertujuan untuk tujuan politik. kesalahan yang tak besar manapun digembar gemburkan, macamlah orang kita ni tak tahu niak hati busuk puak-puak ni. kalau benar nak jaga islam napa tak tunjuk dalam tv Isteri PM masuk masjid tak pakai tudung dulu? sama macam yb bukan islam masuk surau tak pakai tudung.

Abu Hasan Chan berkata...

Tentang isu orang bukan Islam menggunakan ayat al-Qur'an menegur perangai setengah-setengah orang Melayu yang berugama Islam , tapi tidak mahu mengikut ajaran Islam. Di sini saya tulis satu cerita sebagai satu sindiran yang saya dapat ilham daripada perkara yang benar-benar berlaku dalam masyarakat orang Malaysia. Dan cerita saya ini patut dibaca oleh Mufti Perak :

Ada kedai Cina yang taukenya bosan dengan kerenah orang Melayu yang berugama Islam yang suka ambil barang-barang secara berhutang tapi tidak mahu bayar hutang. Maka tauke Cina fikir itukah perangai orang-orang Islam ...suka menipu ?

Tauke Cina itu bertanya kepada pak Imam supaya menasihati orang-orang Melayu yang suka berhutang supaya jelaskan hutang. Si pak Imam itu diam ...lama kelamaan tauke Cina naik bosan
dia bertanya pula kepada seorang ustaz , adakah dalam ajaran Islam yang mengajar tidak perlu bayar hutang orang bukan Islam ? Jawab ustaz itu ...sebenarnya sikap tidak mahu bayar hutang itu bertentangan dengan ajaran al-Qur'an.

Tauke Cina bertanya ustaz itu ...mana satu ayat al-Qur'an yang ajar hutang mesti dibayar , sila tunjukkan kepada dia ? Si ustaz itu diam pula ..adakah patut dia tunjukkan satu ayat al-Qur'an kepada orang bukan Islam itu ?
Maka si tauke Cina menyuruh ustaz memberitahu orang-orang Melayu yang tidak membayar hutang supaya membaca ayat al-Qur'an itu. Penat juga ustaz itu hendak bertemu seorang demi seorang membaca ayat yang menyuruh orang Islam membayar hutang.

Kemudian ada di kalangan orang Melayu berkata ...." aahh ...tak payah bayar hutang si Cina kafir tu...kalau dia mati masuk neraka !!!! "

Kebetulan tauke Cina itu ada kawan Cina yang masuk Islam. Dia tanya si muallaf itu tentang hukum tidak bayar hutang. Maka muallaf itu menunjukkan TERJEMAHAN satu ayat dalam kertas kecil kepada tauke itu. Kemudian tauke itu menulis semula dalam bentuk tulisan besar yang dia paparkan dalam kedainya , berbunyi ....

==============

ORANG ISLAM SILA BAYAR HUTANG. Tuhan kamu Allah kata :

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat baik dan memberi kepada kaum kerabat , dan Allah melarang dari perbuatan keji , kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pengajaran ( An-Nahl 16:90 )

==============

Beberapa hari kemudian kedai tauke Cina itu dibaling dengan telur busuk dan si muallaf Cina
itu dipukul.

Tanpa Nama berkata...

Hoi tanpa nama yg first kt atas nu:

kalo ko jahil, jgn la nk sumer org jahil sm mcm ko..agak2 la nk tunjuk semangat UMNGOK ko tu..org2 party ko je yg nk jg kesucian Alquran dgn cara sorok kan keindahan dan kecantikan ajaran Alquran dr org bkn islam..tp sbnrnye takut org tau kebenaran islam, dan sumer org akn sokong PAS..bile ade org cb nk berkenalan ng islam, tak semestinya dia nk masuk islam..contoh mudah, mcm ko, tbe2 satu hari ko berminat nk tau pasal keta ferari..ko tau keta tu cntik, ko berkenan, n nak tau spec2 die..tp at last, blum tntu ko beli ferari tu!

tindakan dia nk kenal dgn islam tu jauh lg baik dr UMNGOK yg lgsg tak berbangga dgn islam walaupun ngaku islam!

paham dah?! pi masjid la! mengaji! dh jahil takmau mengaji kitab, duk baca utusan sesat smp bangang cmtu.

Abu Hasan Chan berkata...

Harap maaf ...saya mahu berkongsi cerita yang menarik. Sebenarnya al-Qur'an telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dunia , terutama sekali bahasa Inggeris. Tujuannya ialah menyampaikan mesej Islam kepada orang-orang bukan Islam. Ini bawah ini ialah satu cerita lucu tapi original yang hampir sukar dipercayai ....seorang bukan Islam rakyat Amerika mendapat hidayah dalam TANDAS. Alangkah baiknya sekiranya Mufti Perak terbaca cerita ini :

========

Ini cerita lucu tapi benar. Saya pernah mendapat emel daripada seorang rakyat Amerika yang mencerita bagaimana dia memeluk Islam . Sebelum itu dia adalah seorang boss tukang cuci
tandas di Amerika. Orang macam dia tu ,walaupun buat kerja berbau busuk tapi kaya. Ini kerana kerja macam itu mendapat upah yang banyak.

Orang Barat yang maju suka membaca. Kebetulan dia adalah seorang yang kuat berugama Kristian. Sehingga tandas orang-orang kaya di Amerika ruangnya besar , ada perhiasan dan cantik. Dalam tandas dia tu ada rak buku ...kerana sambil buang airbesar (berak) mereka tidak suka buang masa begitu saja. Ada yang membaca dalam tandas sebelum selesai berak.

Kalau mengikut cerita dia memang tidak logik kalau dia memeluk Islam. Dia ada simpan satu
naskah TERJEMAHAN al-Qur'an dalam Bahasa Inggeris dalam rak buku di tandas. Mungkin
sebagai seorang Kristian dia cuba menghina ugama Islam dengan menyimpan terjemahan al-Qur'an dalam tandas ? Mungkin dia fikir al-Qur'an itu layak dibaca ketika sedang berak ? Tuan-tuan boleh nilai sendiri .....

Walau bagaimanapun ...sekurang-kurangnya makna al-Qur'an akan masuk ke dalam jiwanya untuk dia renungkan ajaran-ajarannya ...itu dia masih kafir dan tidak tahu menahu nilai dan kesucian al-Qur'an.

Kebetulan dia buka terjemahan itu dan mambaca tentang cerita nabi-nabi. Dia merasa tertarik
kerana al-Qur'an menceritakan tentang nabi-nabi begitu indah sekali. Bagi boss pencuci tandas
itu , dia baca dalam Bible dia kata ada nabi-nabi berperangai jahat ...macam Nabi Sulaiman menyembah berhala kerana mengambil hati isterinya ...Nabi Daud membunuh suami orang kerana mahu merampas isterinya yang cantik ....Nabi Lut berzina dengan anak perempuannya sendiri dsbnya.

Bagi orang Amerika itu ....al-Qur'an sebenarnya adalah indah kerana membela maruah nabi-nabi
dan berkata yang benar. Dia mula beriman kepada al-Qur'an dan yakin ugama Islam adalah satu
kebenaran Ilahi. Akhir sekali .....dia temu kebenaran Islam ......TAPI DALAM tandas !!!!!!

Apa yang menyentuh perasaan saya ialah kata-kata orang Amerika itu setelah dia menyesal
dengan perbuatan dia membaca terjemahan al-Qur'an dalam tandas yang kotor dan busuk.
Dengan perasaan insaf dia berkata ..." Forgive me God , I am reading your holy book in the
toilet " Selepas itu dia mencium "al-Qur'an" dan memuliakannya.

Dia insaf kerana perangai biadap dia memberi hidayah untuk dia mengakui kesilapannya.
Dia memeluk Islam dengan perasaan penuh gembira.

Selepas selesai baca emel dia ....saya senyum ...selepas itu saya ketawa ....

Abu Hasan Chan berkata...

Ini satu lagi cerita yang patut dibaca oleh Mufti Perak :

==============

Saya ada membaca emel yang dikirim oleh seorang padri Kristian Katolik di Amerika.
Dia berpangkat tinggi dalam sebuah gereja di salah satu kotaraya besar dan sibuk di
Amerika Syarikat. Memang sebagai seorang padri , kerja dia asyik berada dalam
gereja kuat berbuat ibadat cara Kristian.

Kali ini saya hendak cerita satu watak manusia bukan Islam yang mula mengenal Islam.
Seperti biasa dalam cerita-cerita saya ada unsur kelucuan. Si padri itu pernah masuk ke
dalam forum internet untuk ambil tahu apakah debat Islam-Kristian. Mungkin dia berhasrat
untuk berdakwah mengajak orang-orang Islam masuk ugama Kristian.

Sepatutnya dia banyak bercakap fasal kepercayaan Kristian dia , tapi dia pula tertanya-tanya
satu perkara yang menghairankan dia. Begini rupanya ....Orang Islam apabila menulis nama
Nabi Muhammad , ditulisnya begini :

Muhammad PBUH

Padri itu bertanya ...." Saya nak tanya orang Islam ....apakah "PBUH" ?

Kemudian ada orang Islam menjawab :

PBUH = Peace Be Upon Him

Tak lama kemudian ....mungkin padri itu merasa dirinya jahil , dia bertanya dalam forum itu di manakah
dia boleh beli satu naskah terjemahan al-Qur'an dalam bahasa Inggeris ? Ada orang beritahu
dia ...di mana-mana saja kedai buku.

Baik ...kemudian padri itu banyak hari tak muncul dalam forum itu ...entah ke mana agaknya ?
Selepas itu dia muncul kembali membawa cerita dia bahawa sudah membeli satu naskah terjemahan
al-Qur'an. TAPI ....kata dia ....dia membelinya daripada sebuah kedai yang sebut sebagai "Muslim
Evangelical bookshop" di tengah-tengah kotaraya New York. Kata dia masuk ke dalam kedai itu
dan penjual buku itu memberi layanan yang baik. Kita cuba bayangkan suasana yang padri itu
berpakaian yang dia pakai masuk gereja dan orang Islam boleh cam bahawa yang datang membeli
terjemahan al-Qur'an ialah seorang padri Kristian ...persoalannya apa dia nak buat dengan terjemahan
itu ?

Tuan punya kedai itu menunjukkan 3 jenis terjemahan al-Qur'an kepada padri itu. Kata padri itu lagi
bahawa dia merasa bimbang terhadap orang-orang yang memperhatikan dia dalam kedai itu ,,,kemudian
dia cepat-cepat membeli satu naskah dan keluar.

Setahu saya apabila ada orang Kristian yang secara jujur mengkaji al-Qur'an , ada tempat yang amat
tertarik. Apabila padri itu muncul semula dalam forum itu (saya agak dia sudah baca terjemahan al-Qur'an
yang dia beli itu) , kami bagi pihak Islam sedang menunggu dan mengalu-alukan sekiranya dia ada
apa-apa pertanyaan lagi. Tapi bagi pihak Kristian mula timbul semacam satu kegelisahan ..bimbang kalau-
kalau si padri mengisytiharkan diri sudah memeluk Islam.

Tidak ...dia tidak masuk Islam. Tapi dia naik panas berang dan MARAH kepada orang-orang
Kristian kerana ...ada sifat suka MEMUTAR-BELIT !!! Maka terjadilah perbalahan sengit antara padri
itu dengan peserta-peserta Kristian .....yang kami orang Islam senyum dan ketawa melihat telatah lucu
itu.

Entahlah ...saya tidak tahu apa dah jadi kepada padri itu akhirnya ....bolehjadi dia sudah masuk Islam ?