01 Disember 2010

MINYAK NAIK LAGI, RAKYAT TERTEKAN

24 Zulhijjah 1431H
Hafizi Pauzi

IPOH, 2 Dis :- Rakyat kini makin tertekan dengan harga minyak yang naik 3 kali dalam tahun ini sahaja. Pada 15 Julai 2010, RON97 telah dinaikan harganya dari RM2.05 kepada RM2.10, manakala pada bulan berikutnya iaitu 2 November 2010, RON97 sekali lagi dinaikkan harganya kepada RM2.15, dan yang terbaru, pada 1 Disember 2010 ia dinaikkan lagi dengan harga RM2.30 seliter.

Ini menunjukkan dalam tahun 2010 sahaja RON97 mengalami kenaikan sebanyak 30 sen, manakala RON95 mengalami kenaikan 5 sen sahaja dalam tahun 2010.

”Ada di kalangan rakyat yang rasa tidak selamat dengan penggunaan RON95 di dalam tangki kenderaan mereka, berikutan banyak kemalangan jalan raya yang meragut nyawa akibat kenderaan mereka terbakar, dikatakan peratusnya meningkat sejak RON95 diperkenalkan, ada yang mengaitkannya berpunca dari petrol tersebut,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

“Kita ingin menggesa agar pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia mengeluarkan perangkaan statistik terkini kenderaan yang terbakar dan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut bagi menghilangkan kebimbangan rakyat menggunakan RON95"tegasnya.

Menurutnya lagi yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) baru-baru ini mendesak supaya kerajaan Malaysia mengkaji dakwaan RON95 mencetuskan api dalam nahas jalan raya.

Menurut dakwaan mereka, Gesaan itu dibuat berikutan terdapat dakwaan penggunaan bahan bakar berkenaan menjadi salah satu faktor kenderaan mudah terbakar apabila terbabit kemalangan.

“Berdasarkan fakta yang diterima, data yang kita dapat dari laman web BOMBA menyatakan dari tahun 2004 hingga 2008 sejumlah 9,370 kes kenderaan terbakar, ujarnya.

Kebimbangan rakyat makin terasa dengan pendedahan kajian ringkas seorang jurutera petroleum yang memberitahu terdapat kimia mudah terbakar di dalam petrol tersebut.

“Saya yakin dan percaya, rakyat khususnya inginkan penjelasan dan maklumat sahih tentang fakta petrol yang menjadi kegunaan harian mereka, kerajaan seharusnya lebih bertanggungjawab dalam hal ini, jangan hanya lepas tangan sahaja dalam mengkaji bahan kimia yang terdapat di dalam RON95 yang dkatakan mudah terbakar, ini soal kebajikan rakyat, tegasnya.

"Persoalannya rakyat Malaysia mungkin mahu menggunakan RON95 yang lebih berkualiti namun mereka tidak mampu dan rasa tertekan dengan kenaikan harga minyak yang berterusan" katanya lagi..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju sangat minyak naik harga.nak tau kenapa?
sebab kita yang pilih BN.terima je la kenaikan harga minyak ni.jangan naik minyak ya..

Tanpa Nama berkata...

tak tahulah YB, pemimpin2 Malaysia ni fikir apa.. Menara 100 tingkat ada budget. Part bg bonus, bg subsidi takde pula... tiap2 thn byr income tax rasa tak berbaloi pula.

Blogger berkata...

Rakyat M'sia ni dah kena cucuk hidung apa yang pemerintah buat dah tak jadi hal..atau pun marah sekejap je ala apa orang cakap...hangat hangat tahi ayam...