19 Disember 2010

Pakatan janjikan pendidikan percuma disemua peringkat.

13 Muharram 1432H.

Pembahas dari PAS, Ust. Khairuddin Aman Razak menegaskan kerajaan PR mesti menekankan pembinaan rumah rakyat miskin bukan berasaskan kepada keuntungan dengan menyediakan badan khusus untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat.

Kerajaan juga dicadangkan mengambil inisiatif menetapkan pendapatan minima dengan memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekang kenaikan harga barang.
Pakatan Rakyat juga di tegakan mesti memberi pendidikan percuma disemua perinkat dari rendah hingga ke Pusat Pengajian Tinggi. Dengan dicadangkan tanpa mengambil keuntungan satu sen pun dalam bidang pendidikan.

Akhirnya beliau membuat penegasan bahawa Islam bahawa sesuatu yang bermanfaat itu akan kekal selamanya dibumi Allah Taala, merujuk kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sbg guru, saya kurang setuju dgn pendidikan percuma sepenuhnya KECUALI di Peringkat Universiti.
kalau semuanya percuma, manusia tidak akan menghargai dan tak ambil kisah tentang pelajaran.

WALAU BAGIMANAPUN, utk yg benar-benar miskin, kita bagi percuma 100%

Tanpa Nama berkata...

Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.mmg free pun..err,ustaz dulu belajar kat mana??
cikgu kat atas tu,saya setuju ngn awk.maka nnt akan lahir graduan/golongan berilmu yg tidak berguna dengan negara sendiri sbb semuanya dpt free.tp tidak,jika sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

dr zaman nabi sehingga zaman khalifah uthmaniyah, pendidikan adalah percuma. cuma perbelanjaan sndr yg perlu ditanggung oleh pelajar.

saya adalah generasi graduan yg bergantung penuh kpd PTPTN. PTPTN sbnrnya layak membuat kn sy utk di isytiharkan bankrupt or muflis kerana telah membuatkn sy berhutang sebanyak RM29000 sblm bekerja. Tp syukur, PTPTN masih prihatin dgn tak mengisytiharkan para peminjamnya sbg bankrupt.

SAYA SOKONG PENDIDIKAN ADALAH PERCUMA KERANA SAYA MERASAI PERITNYA UTK MELUNASKAN HUTANG RM29000 SAYA DGN PTPTN. SAYA BEKERJA, DENGAN GAJI PADA TARAF HIDUP 10 TAHUN DULU. JIKA SAYA BUAT POTONGAN GAJI UTK BYR HUTANG PTPTN, GAJI BERSIH-(KOS SARA HIDUP; BIL, PETROL, MAKAN, DLL.+ HUTANG PTPTN), SAYA BERANI JAMIN, SAYA HAMPIR TIADA SIMPANAN SETIAP BULAN!

GENERASI PTPTN

Tanpa Nama berkata...

setuju, PTPTN duk bayar bunga(kos pentadbiran konon) pun x hbs2 lg, sy masih lg berhutang dgn PTPTN walaupun sudah 6 tahun bekerja..1/4 drp byran bulanan adalah kos pentadbiran..bayangkan perit nk byar ,bukan x syukur tp kos yg dikenakan agak mahal, mcm nk meniaga pula,padahal duit tu duit kerajaan, gaji staf PTPTN pun kerajaan bayar..apapun mmg tima kasih sbb tanpa PTPTN mungkin x akan hbs belajar sbb masalah kewangan keluarga yg mmg x mampu nk sara blajar Universiti..cuma kalau la pendidikan percuma diberikan, biarlah berpada2,bukan kita xmo galakkan tp biarlah bertempat,PR kena rasional dlm hal ni..bukan hanya sbb nk menang piliharaya semata2..kita nk semua rakyat kita berpendidikan tinggi ttp kalau yg berbayar pun ramai x hargai,apatah lg yg percuma..sekadar memberikan pandangan,x setuju bukan makna x sokong,sokong bukan makna setuju.