08 Disember 2010

PERHIMPUNAN GAPS YANG MEMALUKAN, SATU PENGAJARAN

02 Muharam 1432H
Oleh : WFAUZDIN NS

KEGAGALAN `Kumpulan Baju Hitam' (GAPS) menyaingi perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri selangor (Baju Merah) Ahad lepas sepatutnya menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan sesuatu kerja yang bodoh dan menentang arus.

Ahad lepas, perhimpunan peserta di dalam kempen `Selamatkan Air Kita' yang berpusat di Masjid Negara dan berakhir di Istana Negara, walaupun diancam dengan gelagat pihak berkuasa namun ianya berjaya dilangsungkan. Puluhan ribu rakyat yang hadir menuntut agar kerajaan tidak terus bersubahat dengan puak yang `menghisap darah' rakyat, ternyata menenggelamkan perhimpunan yang dianjurkan oleh GAPS.

GAPS berhimpun kununnya ingin mengadu kepada Istana tentang penyelewengan yang berlaku di Selangor. Apakah penyelewengan itu? Tidakkah kesemua yang mereka katakan penyelewengan di Selangor itu telah pun diadu kepada pihak SPRM? Mana dia siasatan dan mana dia pendakwaan?

Pihak SPRM tentu lebih tahu benar atau tidak dakwaan mereka atau sekadar omongan kosong setelah tiada lagi isu yang boleh mereka cungkil di Selangor. Yang jelas sekarang, bekas MB Selangor Khir Toyo yang dapat didakwa oleh SPRM. Tanpa GAPS berhimpun sekali pun, kes Khir Toyo telah pun dibawa ke mahkamah.

Akhirnya, Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin mengakui bahawa memang tiada sokongan dari rakyat untuk berhimpun bersama kumpulan mereka. Beliau cuma berkata objektif utama perhimpunan kumpulan itu di Stadium Merdeka Ahad lalu adalah bagi menyerahkan memorandum tersebut, telah tercapai. Ini bermaksud sekadar menyerahkan memorandum, jika begitu seorang diri pun yang hadir dikira berjayalah juga.

Berbeza dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang rata-rata berbaju merah. Mereka bukan mensasarkan memorandum sampai ke Istana Negara, tetapi kempen ini disertai oleh rakyat jelata dari berbagai kaum dan agama sebagai tanda sokongan.

Bayangkan jika tiada sekatan atau ancaman dari pihak berkuasa, tentunya seluruh bandaraya KL dipenuhi dengan baju merah. Di dalam keadaan diancam dan diganggu sedemikian rupa pun, puluhan ribu rakyat turun menunjukkan mereka tidak lagi boleh diperbodohkan.

Semoga apa yang dilakukan oleh GAPS menjadi pengajaran bagi mereka. Perhimpunan yang diadakan di Stadium Merdeka oleh GAPS ternyata memalukan mereka sendiri. Walaupun dikatakan ada `raptai' sebelum itu, namun kehadiran peserta perhimpunan tidak menunjukkan perjuangan kosong mereka mendapat sambutan dari rakyat. Mereka hanya berjaya mengumpul beratus orang yang masih lagi gelap hati dan sanggup diperbodohkan.

4 ulasan:

akmal berkata...

kita nak berdemonstrasi secara aman pun susah...dituduh mengganggu ketenteraman awam katanya....hahah...sengal tahap dewa...polis dengan FRU la yang ganggu ketenteraman awam...apa ada hal...kuasa rakyat sudah tidak dapat dibendung!....rakyat Malaysia bukan BODOH!...

huda al hadi berkata...

Syabas para pejuang baju merah. Secara senyap=senyap perjuangan anda semua ditinta dalam lipatan sejarah perjuangan rakyat marhen di bumi yang dikatakan merdeka.

Kepada barisan pasokan keselamatan (polis) eloklah kaji semuala peranan anda samada menjaga UMNO BN atau membiarkan hukuman 'hudud' yang telah berlaku secara tidak langsung pada kejadian untuk memcah rumah dimana seorang penjenayah telah ditetak sehingga putus dipeergelangan tangan. Kalau polis asyik jaga orang baik nak tolong rakyat maka penjenayah akan bermaharaja lela. Tengok hari-hari ada berita pembunuhan, rompakan, samun ragut; yang pangling trajis bila anggota keluarga membunuh sesama sendiri.

Wahai Anggota pasokan keselamatan renunglah yang baik pasti baik; yang selamat pasti selamat maka letaklah tanggungjawab anda ditempat yang wajar. Asyik menendang orang baik orang jahat ambil kesempatan.

Maka tanyalah anda siapa yang jahat/penjenayah...?

Tanpa Nama berkata...

Selagi UMNO-BN memerintah Malaysia, selagi itulah rakyat diperbodohkan. Saya katakan demikian bukan kerana benci pada UMNO. Tidak sama sekali. UMNO tidak bersalah. UMNO hanya sebuah nama yang sama dengan nama-nama yang lain. Tetapi, kehuduhan UMNO dijelmakan oleh tuannya yang berkuasa sekarang, yang rakus, yang korup, yang tidak peduli akan nasib rakyat. Mereka seolah-olah mempedulikan rakyat dengan selogan yang indah-indah: ketuanan Melayu, pembela rakyat, pembawa pembangunan, dan banyak lagi. Slogan-slogan inilah yang selama ini telah menipu rakyat yang terus-menerus medukung ketuanan UMNO. Inilah yang saya katakan rakyat terus tertipu selagi UMNO berkuasa. Cuba kita fikir - Kerajaan Selangor berdemo untuk kembalikan hak air kepada rakyat. Pada masa yang sama ada pula barua yang cuba menghalang hasrat murni itu. Kerajaan Selangor bersama-sama rakya berdemo untuk menjaga kepentingan rakyat, pada masa masa yang sama barua-barua upahan ini berusaha mengakkan kaum kerabat dan krono UMNO untuk mengaut kekayaan negara. Banyangkanlah, gaji CEO Syabas RM 425 sebulan @ RM 5.1 juta setahun. Bayaran sebanyak itu untuk seorang individu, belum dikira bonus tahunan (jika ada) dan bayaran kepada eksekutif yang lain. Persoalan ini langsung tidak diambil kira oleh para barua tadi, pada hal jika harga air tidak dinaikkan (bahkan dapat air percuma 20 meter padu), mereka juga akan merasai manfaat. Mereka tak rugi apa-apa. Tapi, itulah yang dikatakan bodoh dan sedia diperbodohkan. Oleh itu, pada tahun baru Hijrah ini, marilah kita sama-sama berhijrah daripada kejahilan dan kebatilan kepada kebijaksanaan dan kebenaran. Insya Allah kita bhagia di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

GAPS = GOLONGAN AHLI PEMUTARBELIT SATUMALYSIA