28 Disember 2010

Tahniah untuk Felda dapat Pengerusi baru

PARIT BUNTAR, 28 Dis : Berhubung isu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang akan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkuatkuasa pada 1 Jan 2011, FELDA bakal diterajui oleh seorang yang berwibawa setelah selesai hukuman gantung keahlian Umno.

“Tahniah kepada Felda kerana mendapat seorang Pengerusi yang wibawa,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Tambahnya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pernah mempunyai rekod rasuah yang mana pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail.

“Beliau telah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan,” jelasnya. “Sekurang-kurangnya pilihlah individu yang mempunyai rekod yang bersih, mana-mana majikan pun mereka akan lihat rekod calon dulu, baru setuju dan lantik sebagai keperja, ini tidak betul dan tidak sesuai dengan NKRA yang telah diputuskan oleh Kabinet iaitu membanteras rasuah melalui Bahagian Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, katanya.

“Adakah ahli Umno sudah ketandusan kepimpinan? Soalnya. Menurutnya lagi yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Pakatan Rakyat konsisten serta komited menjaga isu integriti kepimpinan bagi menerajui mana-mana badan kerajaan yang penting, lebih-lebih lagi badan yang melibatkan aset Negara berbilion ringgit.

4 ulasan:

mr edz berkata...

macam celaka je rasa

Tanpa Nama berkata...

Berwibawa untuk melingkup.

jamal k.t. berkata...

Macam tikus jatuh keberas. Semakin kenyang le si tikus ni.
Satu lagi tanda kemusnahan negara.Apabila dilantik orang yang bukan ahlinya untuk mentadbir Felda.
Oh negara ku.....

huda alhadi berkata...

Zaman UMNO BN jelas akan berakhir apabila trend melantik penyamun-penyamun tarbus menguasai tabung khazanah-khazanah negara wang atau harta. Felda merupakan 'Khazanah dan Aked' pembasmian kemiskinan tetapi jika peneroka semakin miskin dan pentadbir semakin gemuk maka ini merupakan sebahagian gambaran Dajjal lakhnat.