26 Safar 1432H.
Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk "Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda" memperlihatkan ketakutan Perdana Menteri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden UMNO itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiayai saya untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.
Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Najib (gambar kiri) untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.
Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan UMNO-BN, memunculkan rasa takut Najib. Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan UMNO-BN kepada rakyat. Presiden UMNO itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.
Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.
Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan UMNO-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat.
*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim (gambar atas) selaku Ketua Pembangkang Parlimen merangkap Ketua Umum PKR.
MerdekaReview/-

2 ulasan:
takbir
NAJIB KAN PEMERINTAH MALAYSIA YG TERAKHIR DARI UMNO KALAU MENGIKUT TEORI RAHMAN...
MUNGKIN BOLEH DI BUAT BANDING BEZA DAN PERSAMAAN ANTARA PRESIDEN TUNISIA, MESIR DAN LAIN2 PEMERINTAH DIKTATOR (TERMASUK SUHARTO INDONESIA) ATAU OLIGARKI DENGAN PEMERINTAHAN OLEH PARTI UMNO DI MALAYSIA... TIDAK ADA YG KEKAL KECUALI, YG KEKAL DULU, KINI DAN SELAMA2NYA HANYALAH ALLAH SWT SAHAJA...TUHAN SEMESTA ALAM, YG LAIN CUMA SEMENTARA SAHAJA, BILA SAMPAI MASA NANTI, HANCURLAH SEMUA.
Catat Ulasan