14 Safar 1432H.Oleh : Abdul Aziz Mustafa.
KUALA LUMPUR, 19 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya.
"Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.
"Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?
"Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam".
Mahfuz juga membidas Najib yang menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya sedangkan beliau sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadinya.
"Tak usahlah menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya kalau diri sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadi ekoran pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
"Penyiasat diculik, muka yang didakwa sebagai pembunuh sentiasa ditutup dan hari ini tak tahu di mana mereka berada, akhbar-akhbar antarabangsa tuduh terang-terangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dia tak berani ambil tindakan walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh tetapi terus bersifat bacul melarikan diri dari masalah peribadi," kata Mahfuz.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengingatkan Najib supaya jangan cuba melarikan diri dari membahaskan masalah ekonomi negara dengan bercakap besar kononnya dia boleh mengakibatkan Anwar demam kalau dia mendedahkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu.
Beliau mengingatkan Najib bahawa debat di antara beliau dan Anwar bukan isu peribadi tetapi debat tersebut adalah untuk rakyat dan berpaksi kepada isu-isu negara.
Anwar, kata Mahfuz, mengajak Najib berdebat dalam hal dan isu pengurusan negara selepas Najib menghentam program 100 hari Pakatan Rakyat (PR).
"Sebagai Perdana Menteri, Najib harus berani mempertahankan dasar-dasar dan tatacara pentadbirannya di khalayak umum ketika Anwar sendiri bersedia mempertahankan program 100 hari PR yang diburuk-burukkan oleh Najib," katanya.
Mahfuz mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidak tahu membezakan hal ehwal negara dengan isu peribadi?
"Kalau isu peribadi, orang tidak berdebat, malah boleh bersembang kedai kopi sahaja. Susahlah negara kalau Perdana Menteri mempunyai gaya pemikiran yang setahap pemikiran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk) Ahmad Maslan," katanya.

8 ulasan:
najib dah betul2 baik demam campak ke??? mungkin dia risau kalau debat ngan anwar demam campak dia datang balik, tak pun masuk liang lahad terus
najib belum baik demam campak kot??? dia takut demam chickenpox dia datang balik, tak pun masuk liang lahad terus...
Najib bacul, dia pasti tak akan berdebat dengan Anwar. Kalaulah betul dia boleh buatkan Anwar demam, confirm dia yg ajak Anwar debat. Tapi bila tengok, kalau debat dia yg demam... Baik dia elak dari berdebat..
Itulah Perdana Menteri kita yg kita 'sanjung'. Pengecut + Bacul
Barang kali kena buat perhimpunan di Kuala Lumpur, hantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong tuntut Najib berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita nak tengok DSAI demam seperti yang dinyatakan Najib. DSAI sakit sampai jadi panda cacat kita pernah lihat, sakit tulang belakang sebab kena hentam dalam lokap pun kita pernah dengar, sakit sebab arsenik pun kita pernah dengar... cuma DSAI demam kita tak pernah dengar... jadi nak tengok jugak DSAI demam sebab berdebat dengan Najib.
ahmad maslan juga yang dapat nama. nasib kau lah mat. memang itupun tahap engkau.
Masa Najib merungkaikan kata-kata 'Ada yang akan demam' beliau kelihatan angkuh.. senyumannya kelihatan sumbing.. kalau gitu nampak dia cakap dalam keadaan gelisah cuma nak tunjuk hebat dengan menyebut dia tahu semua kerana dia PM.
Bagi ku kalau Anwar nak demam bahkan mampu membawa maut ialah semasa Che Det selaku PM kerana beliaulah(Che Det) yang mencetus krisis. Kalau Najib mungkin dialah yang lebih demam kerana kematian Altantuya belum terjawab apabila kedua-dua orang yang disabit tidak ditunjukkan muka semasa hadir di perbicaraan maka agenda perbicaraan tidak jelas melainkan memenuhi ruang yang dikatakan 'Siasatan dan Keputusan' telah dibuat. Najib perlu bertanggungjawab kalau beliau betul membela negara maka perlu beliau berdebat dan bukan memberi pelbagai alasan untuk menidakkan debat. Debat bagi merungkai kekusutan permasalahan negara amat wajar diteruskan jika tidak beliau akan gagal mentadbir negara kerana Anwar dipandang mendominasikan suasana dan kalaulah benar 'Ada yang akan demam' biarkan orang itu demam kalau membawa kebaikan kepada ekonimi dan pembangunan negara.
'Hubaya...hubaya.. biarkan luncai terjun dengan labu-labunya'....
najib tak de telor, telornya dah kena sedut dengan lakinya yang bernama rosmah mansor
kalu ore biaso kata,memang malah nk amik port..tp statemnt ni dr PM,so seluruh rakyat tertanya2 mklumat mende hok PM ada..so ksimpulan,trima sj debat,n dedahkn sgala mklumat yg ada..jgn bdolak-dalik lg,sb ini isu rakyat,isu nasional,isu pmimpin..bia semua rakyat th..mmg layak utk bdebat,sorang PM,sorang ketua Pmbangkang..bkn stakat demam,kt tamatkn trus politik dolak dalik nih..tp kalu xbdebat kt xkn th..so kalu xjd,srupo la mcm kecek keda kopi..pandgan abe pih plk?
Catat Ulasan