Drs. Khalil Idham Lim.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberitakan akan mengadakan pertemuan dengan Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional Nasional (BNBBC) minggu depan bagi membincangkan pelbagai isu nasional termasuk insiden membabitkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat baru-baru ini dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Permukiman atau `retreat’ bersama BNBBC itu walaupun sudah menjadi kelaziman setiap kali sidang Dewan Rakyat berehat panjang bagi mendapatkan pandangan, buah fikiran serta laporan daripada semua ahli BNBBC. Namun ianya tetap istemewa dalam keadaan hangat diperkatakan bahawa pilihan raya umum yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat seperti digembar-gemburkan.
Perjumpaan itu akan membabitkan Perdana Menteri, Timbalannya , Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua menteri Kabinet bersama Ahli Parlimen BN.
Bagi saya pertemuan yang bakal diadakan adalah langkah Najib untuk menyakin orang bawahannya apabila banyak kemelut dan masalah yang langsung dikaitkan dengan namanya yang banyak mencalar keyakinan rakyat kepada kepimpinannya.
Najib dilihat perlu memberi arahan terbaru memastikan semua Ahli parlimen BN untuk terus berkerja kuat disaat akhir sebelum piliharaya menjelang. Tidak mustahil ada beberapa peruntukan tambahan secara langsung dan tidak langsung untuk melicinkan pergerakan semua Ahli Parlimen.
Selain itu saya melihat Najib sangat terdesak dengan gencarnya berita yang mengaitkan seorang menteri kabinetnya yang dikaitkan dengan tuduhan merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia. Berita ini semacam sengaja dibocorkan untuk mengaibkan Najib dan tertuduh berkenaan.
Apapun banyak rahsia yang tentunya tidak dapat kita tahu dalam banyak perbincangan yang dilakukan, namun yang penting Pakatan Rakyat mestilah telah pun bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bagi mengahadapi gelombang BN sebelum PRU ke 13.
Kerana itu program yang perlu disegerakan saya cadangkan ialah satu pertemuan antara Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat dalam bentuk yang sesuai dan difikirkan wajar bagi memastikan gerak kerja mereka terancang dan terarah disaat rakyat memerlukan sesuatu bukti nyata bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil tempat BN di Putrajaya dan semua negeri yang masih dikuasai oleh BN.

2 ulasan:
Waspada, jangan percaya dengan si najib kaki putar alam ni. Macam-macam dia dah buat, apa sangat dengan perjumpaan yang hanya kerana dia dah tersepit .... atau pun dapat kesempatan berlakon nanti yang dia tersepit !!!!!!!
PERTEMUAN SEHARUSNYA DILIHAT DR SUDUT POSITIF DAN BERHARAP KERJASAMA DUA-DUA PIHAK BERJALAN LANCAR DAN DAPAT MENEMUKAN SATU TITIK PERTEMUAN ANTARA 2 PIHAK....
Catat Ulasan