28 Muharram 1432H.
Drs. Khalil Idham Lim.
Saya amat menyokong langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menetapkan semua pasar raya besar (hypermarket), pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak) diminta melaksanakan "hari tanpa beg plastik" setiap hari bermula kelmarin
Walaupun pada masa yang sama Kerajaan Pusat cuma menetapkan sehari dalam seminggu kepada pelanggan pasar raya, pasar raya besar dan premis terpilih seluruh negara yang tidak membawa beg sendiri akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dibekalkan premis berkenaan jika membeli-belah pada setiap Sabtu. Namun langkah yang dilakukan oleh Pulau Pinag lebih ke hadapan dan mempercepatkan langkah memulihkan masalah alam sekitar akibat dari pembuangan sisa platik.
Hasil yang dikumpul itu akan disimpan dalam dana khas bagi melaksanakan program kepenggunaan serta kemasyarakatan menjurus ke arah pemuliharaan alam sekitar.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Abdul Majid Abdul Rahim, berkata pengguna tidak akan lagi dibekalkan beg plastik percuma ketika membeli belah setiap Sabtu di premis perniagaan terbabit. “Kita minta orang ramai kurangkan penggunaan beg plastik untuk memulihara alam sekitar selain menyemai budaya hidup lestari selaras kempen setiap Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg Plastik,” katanya ketika menyerahkan risalah sempena Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik.
Kempen itu juga diharap mampu mengurangkan kesan penggunaan plastik terhadap alam sekitar, ekonomi dan kesihatan pengguna.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata "hari tanpa beg plastik" itu adalah langkah negeri ini untuk menjadi negeri hijau yang pertama di Malaysia. Kerajaan negeri akan menghebahkan program itu melalui pelbagai pendekatan seperti mendirikan papan iklan dan mengedarkan 500,000 risalah untuk menerangkan kepentingan 'hari tanpa beg plastik'," kata dalam sidang DUN Pulau Pinang akhir tahun lepas.
Menurut Guang Eng semasa membentagkan Bajet 2011 itu, 73 pengusaha yang menandatangani deklarasi pengurangan penggunaan beg plastik menunjukkan bahawa mulai 1 Julai 2009 hingga 26 Oktober 2010, Pulau Pinang berjaya menjimatkan 32,508,418 beg plastik.
Hari tanpa plastik cuma bermasalah kepada yang baru mengalaminya, namun selepas pembeli tahu tempat yang dikunjunginya tidak menyediakan plastik percuma berarti dia bebes membawa apa sahaja jenis beg yang disimpna dirumah untuk mengisi barangan yang dibelinya.
Ataupun kalau terlupa apalah salahnya dengan membayar wang sebanyak RM 0.20 yang saya kira cukup kecil nilainya dan sudah tidak boleh membeli sebiji gula-gulapun.

5 ulasan:
like this
Salam, saya X bersetuju dengan tuan,
klik sini;
http://bumiyang.blogspot.com/2011/01/kempen-pengurangan-beg-plastik-satu.html
salam yb,
bagi saya kalau nak kurangkan plastik, tiadakan terus pd hari yang ditetapkan. atau sediakan beg alternatif. bukan caj pengguna rm0.20.
kalau rm0.20 tak dapat beli sebiji gula-gula pun dijadikan hujah. samalah kita dgn ismail sabri.
SALAM SEMUA, BERSAMA MENYOKONG UNTUK MENYAYANGI BUMI ANUGERAH ALLAH SWT KEARAH MENGHIJAUKAN LAGI BUMI KITA INI, DUNIA TANPA PLASTIK AKAN LEBIH MESRA ALAM .
SUMBANG BAKTI KITA KEARAH ITU WALAU SEDIKIT INSYALLAH !
Dah kempen kurang guna beg plastik, kempenlah penggunaan beg kertas.
Catat Ulasan