07 Januari 2011

Pemuda PAS Perak cadang imbuhan rumah kepada pemain negara.

2 Safar 1432H.
MOHD MUNIR ALI

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat bersetuju dengan langkah Kerajaan Negeri Perak yang telah meluluskan imbuhan sebanyak RM5,000 setiap seorang sebagai penghargaan kepada pemain Malaysia yang berasal daripada Perak iaitu Mohammad Safee Mohammad Sali, Mohd Sabre Mat Abu dan Mohamad Fadhli Mohd Shas atas kejayaan dan sumbangan mereka yang membawa negara menjulang Piala Suzuki AFF baru-baru ini.

Malah DPPN Pk merasakan kerajaan negeri perlu menambah bentuk imbuhan tersebut yang akan memberikan manafaat kepada Pasukan Bolasepak Negeri Perak khasnya. DPPN Pk mencadangkan imbuhan berbentuk rumah perlu diberikan kepada mereka untuk merangsang mereka pulang dan kembali tinggal di Negeri Perak yang tentunya memberi peluang kepada mereka untuk kembali memberikan sumbangan kearah kegemilangan bolasepak Perak itu sendiri.

DPPN Pk amat bangga dengan setiap kejayaan daripada mereka yang lahir di Perak dan setiap bentuk sumbangan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap mereka walaupun sedikit akan tetapi amat bermakna buat rakyat Perak. Jesteru DPPN Pk mengambil peluang merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan tertinggi dengan anak-anak kelahiran Perak ini yang telah berjaya menyumbang kearah perkembangan terbaik dalam sejarah mutakhir bolasepak tanahair kita. Harapan DPPN Pk agar mereka boleh terus menyumbang kemahiran mereka setelah berhasrat untuk kembali ke Perak nanti.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Tiada ulasan: