02 Safar 1432H.
Oleh : YB. Drs. Khalil Idham Lim
Saya suka untuk memberi sedikit ulasan dengan kenyataan terbaru Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat dalam keadaan terdesak dan 'tersudut' sehingga sanggup bertindak di luar adab serta menyalahgunakan laman web termasuk khidmat blogger upahan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, dengan munuduh tanpa bukti yang kukuh kononnya tindak tanduk tidak beradab Pakatan Rakyat termasuk mencerca kesultanan atau mempertikai konvensyen dan perlembagaan.
Malah, kata beliau, yang ketara ketika ini dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.
Nampaknya Rais Yatim sudah sembuh dari demam panas cuma dengan keluar memberi kenyataan menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan mengatakan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.
"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan dua hari lepas.
Sehari selepas itu dia cuba menyerang Pakatan Rakyat dengan lupa bahawa masalah yang mebelit dirinya tidak akan berakhir dengan penafian.
Yang menghairankan saya adakah Rais ingat dengan menafikan dia sudah jadi bersih macam bayi yang baru dilahirkan sedangkan dia juga tidak sedikitpun nampak berani untuk menggunakan segala bala tentera yang ada kementeriannya untuk menampilkan blogger dan apa saja pihak yang didakwanya menfitnah beliau ke muka pengadilan.
Kerana itu saya mencabar Rais yang baru dapat ilham untuk menyerang kembali Pakatan Rakyat bila baru menafikan skandalnya untuk mendakwa para blogger yang dianggap sebagai upahan atau paling kurang membuat laporan polis untuk mereka disiasat dengan undang-undang yang ada bagi memastikan dakwaan Pakatan Rakyat mengupah mereka benar atau tidak.
Tetapi setahu saya Rais pun sudah tidak sanggup untuk mengupah mana-mana blogger yang pro UMNO kerana usianya dalam kabinet Najib nampaknya semakin singkat dengan isu tersebut. Malah saya meneliti banyak dari blogger UMNO yang nampak seiring dengan blogger pro Pakatan dalam Isu tersebut.
Oleh itu lebih baik Najib nasihatkan Rais duduk diam dulu sebelum banyak lagi telur busuk dilempar kepadanya. nanti busuk nya akan merebak sehingga ke Tenang .
dan tidak mustahil sampai PRU ke 13 untuk membuktikan itulah watak sebenar pimpinan BN yang pandai berlakon demi untuk kekal berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan