29 Januari 2011

Pilihan Raya Kecil Merlimau 6 Mac, Penamaan Calon 26 Februari

24 Safar 1432H.
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

LABIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau telah ditetapkan pada 6 Mac sementara penamaan calon pada 26 Februari ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

"SPR telah bersetuju melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan," katanya.

Menurutnya, SPR juga telah bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa bagi setiap pasukan.

Bagi menjalankan pilihan raya kecil Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi Rasmi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan dengan 21 saluran mengundi.

"Seramai 248 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini dengan anggaran belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.

Abdul Aziz berkata, Daftar Pemilih Induk Pilihan (DPI) 2009 bagi pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010.

Seramai 10, 679 pemilih berdaftatr yang terdiri daripada 10, 643 pemilih biasa dan 36 pengundi pos.

Daftar pemilih pilihan raya bagi pilihan kecil berkenaan akan mula dijual pada 11 Februari 2011.

"Semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengndi boleh dibuat melalui laman web SPR, www.spr.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas.

"Selain itu pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya dan pejabat pilihan raya negeri Melaka untuk membuat semakan tersebut, " katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu. Mstar/-

2 ulasan:

En Azman berkata...

Kami menyediakan 3 buah rumah sewa dan 1 Hostel Sempena PRK DUN Merlimau. Hubungi segera 0123736548 / 0136042525 / 06-5293031 @ jasinhomestay.blogspot.com

En Azman berkata...

3 buah rumah sewa dan 1 Hostel Sempena PRK DUN Merlimau. Hubungi segera 0123736548 / 0136042525 / 06-5293031 @ http://jasinhomestay.blogspot.com/