Oleh : Drs. Khalil Idham Lim
LABIS, 29 Jan.:- Tempoh berkempen untuk parti-parti yang bertanding dalam PRK Tenang hampir sampai ke penghujungnya. Kedua-dua pihak yang bertanding iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional yang masing-masing mengemukakan calonnya melalui hari-hari akhir kempen termasuk pada hari ini dengan suasana cuaca yang redup dan hujan sepanjang hari.
Khususnya petugas dari Pakatan Rakyat, mereka terus berkerja keras dengan semangat jihad yang tinggi untuk menghabis kempen pada hari ini. Program ziarah dari rumah ke rumah terus dijalankan dalam keadaan mereka terpaksa meredah hujan dengan berpayung. bagi petugas lelaki kalau sekadar hujan rintik-rintik mereka bergerak tanpa menggunakan payung .
Jadual ceramah masih diatur seperti biasa pada malam ini dan saya terlibat pada tiga tempat ceramah pada malam akhir kempen ini.
Mengikut penelitian kepada kerja-kerja dan isu kempen saya dapat menyimpulkan bagaimana BN kekeringan isu dan kehabisan modal dengan menggunakan isu peribadi Calon PAS dan suaminya untuk memojokkan Calon PAS dan menaikkan imej calon BN yang tercemar teruk dengan pembohongan yang dilakukan dalam kes mahkamah yang belum selesai yang didakwa selesai oleh bekas ADIO itu.
Sekali imbas serangan akhir yang dilakukan oleh BN kepada isu suami Cikgu Mala yang dikatakan menyalah gunakan cuti sakit sehingga mendapat pemberitaan yang meluas dalam semua media pro BN kelmarin, agak mengejutkan kerana ianya dilakukan disaat-saat akhir semacam ada perancangan dan waktu itu telah diintai lama oleh jentera kempen BN.
Namun dengan kecekapan yang dilakukan oleh jentera Pakatan Rakyat dan kenyataan terus dari Cikgu Mala sendiri dalam isu berkaitan nampaknya dengan cepat meredakan serangan itu. Apapun BN ternyata kekeringan isu dan memutar belit dan membesarkan isu tersebut.
Demikian juga dengan serangan yang dilakukan oleh Presiden MCA dan anaknya dalam isu bersalam, arak dan negara Islam. Semuanya tidak menjadi dan bagi saya apalah cakap seorang yang diketahui umum terpalit dengan skandal sex yang membesarkan isu bersalam.
Adakah masayarakat Tionghua tidak boleh mencium hati busuk Chua anak beranak sedangkan dia sebetulnya telah memalukan bangsa dan partinya sendiri. Putarbelit berbanding skandal yang dihadapinya ternyata merupakan senjata yang makan tuannya. Apalagi apa yang diperbesarkan oleh Chua adalah tempelak kepada pimpinan UMNO yang ternyata gagal mendidik non muslim dalam BN untuk menghormati budaya dan agama orang lain.
Sebagaimana standar biasa jadual harian kempen BN dihiasi dengan jadual menteri pusat dan menteri besar Johor yang turn berkampung di Tenang dengan pelbagai program yan diatur oleh pelbagai agensi dan kementerian.
Cuma yang tidak ada ialah jabatan First Lady atau FLOM yang diketuai oleh Rosmah, mungkin akan datang FLOM juga akan turun berkampung dan kita tunggu kalau ianya mungkin berlaku di PRK Merlimau selepas ini.
Semuanya mendapat pemberitaan meluas dari media pro BN , cetak ataupun elektronik. Sebaliknya pergerakan calon Pakatan semacam tiada dan tidak pemberitaan yang sewajar. Kalaupun ada adalah berita untuk memburukkan Calon Pakatan dan pimpinannya.
Begitu juga projek mee segera turun seperti biasa kerana pilihanraya kecil adalah semacam "tongkat sakti" yang menjanjikan kesejahteraan rakyat.Semua masalah yang sudah berlapuk puluhan tahun nescaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam . Semacamlah cerita dalam drama Gerak Khas yang dalam tempoh yang singkat menyelesaikan kes-kes jenayah yang rumit.
Begitulah lakonan dari pimpinan BN setiap kali pilihanraya termasuklah di DUN Tenang. Namun saya percaya kuasa penentunya ialah pengundi yang memiliki undi rahsia yang akan dilakukan seawalnya jam 8.00 pagi esok .
Mudah-mudahhan dengan segala maklumat yang telah diterima oleh pengundi selama tempoh berkempen sejak penamaan calon pada 22 januari lepas akan melahirkan pengundi yang bijak bagi memilih ADUN baru di Tenang. Mereka juga mempunyai bekal tersendiri untuk membuat keputusan yang terbaik.
Pakatan Rakyat telah melakukan kerja yang sangat cemerlang bagi memastikan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat memenangi kerusi DUN Tenang. Itulah harapan besar seluruh jentera Pakatan Rakyat yang kini telah berkampung di Tenang daripada parti PAS,DAP dan PKR. Dimana mereka telah melakukan yang terbaik.
1 ulasan:
YB,
Camana dgn FELDA?PAKATAN tak kan menang kalu FELDA still duk mngundi UMNO!!
Catat Ulasan