14 Safar 1432H.Oleh : Hafizi Pauzi.
PARIT BUNTAR, 18 Jan : Hasrat Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mengadakan pertemuan antara sesama tokoh-tokoh pelbagai agama di negara ini bagi membuat rumusan mengenai judi, arak, zina dan juga pergaulan bebas disokong baik oleh Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Hasrat ini adalah suatu yang amat dialu-alukan, bersesuaian dengan keperluan semasa, supaya ia dapat mencetus kefahaman yang sahih tentang agama yang ada di Malaysia terutama apabila membabitkan pengamalannya ketika masyarakat antara agama ini berada dalam komuniti yang sama.
“Pertemuan umpama dialog ini akan menjadi titik tolak kepada kefahaman Islam yang betul di kalangan bukan Islam dan ini amat baik jika diteruskan,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil dham Lim ketika ditemui di sini.
Menurutnya lagi yang juga ADUN Titi Serong, pertemuan ini bukan sahaja punyai impak setempat seperti yang pernah dianjurkan oleh NGO dan juga persatuan-persatuan keagamaan, akan tetapi ia punyai impak nasional.
Isu ini perlu kepada pembetulan yang drastik, dan Menteri Besar Kelantan telah mengambil langkah yang tepat pada masanya.
Tambahnya pada masa sekarang ini memang sedang wujud pihak yang amat memusuhi keharmonian masyarakat terhadap kefahaman Islam yang menyeluruh.
“Umno BN lah yang dimaksudkan, merekalah yang sedang menjalankan kerja jijik ini, mereka ialah musuh kepada faham Islam syumul di kalangan masyarakat Malaysia,” jelasnya.
Dalam pada itu YB Khalil Idham Lim menyaran supaya pertemuan ini dipercepatkan penganjurannya, bahkan ia perlu diuar-uarkan kepada pimpinan tertinggi agama di tanah air, kemudian sebarkan maklumat ini kepada seluruh rakyat tentang perkara sebenar yang telah melanda, salah faham dalam kalangan masyarakat perlu dibendung.
“Dengan pertemuan itu diharapkan Umno BN tidak lagi menggunakan sentimen agama sebagai bahan hasutan mereka terhadap rakyat,” jelasnya.
Justeru, rakyat mesti mengubah kerajaan yang sedia ada kerana sememangnya Umno BN adalah musuh kepada ilmu yang sahih untuk rakyat Malaysia dan PRU13 adalah masa yang paling sesuai untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia yang dicintai. Katanya lagi.

1 ulasan:
UMNO DAN BN ADALAH MUSUH KEBENARAN DAN KEADILAN KPD RAKYAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA SEKARANG. SLOGAN PEMBOHONG BESAR '1MALAYSIA' SEDANGKAN PERKASA ADALAH PERKAKAS UMNO, DAN PENYEBAR PERKAUMAN/RASIS UNTUK MEMPELAGA-LAGAKAN ORG2 MELAYU DGN KAUM LAIN SUPAYA UMNO/BN YG BERASASKAN BANGSA ELIT PENGHISAP DARAH RAKYAT TERUS HIDUP DAN RAKYAT YG MASIH DAPAT DI TIPU TERUS BERGANTUNG HIDUP DGN 'IHSAN' MEREKA.
SLOGAN BOHONG INI SAMALAH SEPERTI SLOGAN JEPUN SEMASA PERANG DUNIA KE-2 SEBELUM MENJAJAH ASIA, 'ASIA UTK ASIA', 'JEPUN PENYELAMAT ASIA', DAN 'WILAYAH KESEMAKMURAN TIMUR ASIA RAYA'...YG MANA HAKIKATNYA JEPUN DTG MENJAJAH DAN MENGHISAP DARAH RAKYAT SEMUA BANGSA YG ADA DI ASIA...SESUNGGUHNYA HANYA ISLAM SAHAJA YG MENJADI RAHMAT/KESELAMATAN BAGI SEKALIAN BANGSA DAN ALAM...
Catat Ulasan