18 Januari 2011

Salahkah besarkan payu dara? TV 3 sekali lagi di kritik.

RANCANGAN bual bicara WHI di TV3 membincangkan tajuk Salahkah besarkan payu dara? yang mengundang rasa kurang selesa penonton.

14 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.

TV 3 sekali lagi dilihat membuat satu kesalahan yang besar dan serius dengan menyentuh sensitivity penonton dengan rancangan yang saya anggap "kurang ajar" itu.

Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI TV3 di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.

Antaranya memberi komen "Tu la masaallah negara islam spatutnya topik2 isu begini tk blh dibincangkn scara umum coz memalu or mengaibkn kaum hawa yg ada perasaan malu tpi skrg dh jdi sbliknya.klu blh pkir tu smua sblum bnda2 mcm nie jdi isu or topik umum @ apa pkiran budak2 bwh umur yg mendngar psti sdkit sbnyk nk thu @ ada keinginan yg lain kn.emmm pham2 la yea.(trlalu sensitif)"

Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam mwenurut satu berita yang disiarkan oleh akhbar kosmo.

Sebelum ini TV dikecam hebat dengan Iklan Raya sehingga mereka menarik balik iklan yang dianggap tidak sesuai dengan Islam serta mendapat bantahan banyak pihak.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

b

Tanpa Nama berkata...

Namanya Negara Islam,tapi pemikiran jauh melencong,dunia dah nak kiamat..Allahuakbar!

Tanpa Nama berkata...

apa nak dikatakn kalau TV 3 telah dikawal oleh ......

HATI2 DGN GOLONGAN YG CINTA DUNIA YG MENGIKUT DAJJAL berkata...

TV3 SUKU MUNGKIN SUDAH DIKAWAL YAHUDI APCO KOT? BYK RANCANGANNYA ADA UNSUR2 ZIONIS AMERIKA SEBAGAIMANA RANCANGAN HIBURAN NYANYIAN, AMERICAN IDOL, TARIAN, TUNJUKAJAR SIFU DAN BYK LAGI, TERMASUK ANUGERAH JUARA LAGU DAHULU YG MENAMPILKAN MATA SATU DAJJAL, LANTAI HITAM PUTIH (CHEQUERED FLOOR) AJARAN RITUAL FREEMASON...