14 Safar 1432H.
Hari ini, 17 Januari 2011 ada hari yang dihiasi dengan permohonan maaf dari pihak tertentu atas ketelanjuran mereka sehingga menimbulkan sedikit kecelaruan dalam masyarakat dan negara Malaysia yang kita sayangi.
Namun begitu perlulah diingat bahawa permohonan maaf itu hanya boleh menyelesaikan perkara tersebut buat sementara waktu sekiranya BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara. Oleh itu untuk memastikan permohonan maaf dibawah ada jaminan untuk tidak berulang lagi, BN dan UMNO mestilah disungkurkan dalam PRK Tenang dan PRU ke 13 tidak berapa lama lagi..
Mohon maaf (1).
Peguam yang mengadu mengenai bunyi azan di Masjid Al-Ikhalasiah di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur, hari ini memohon maaf kerana mencetuskan kontroversi tersebut.
Ng Kiam Nam, seorang ahli MCA, berkata dia keliru mengenai ceramah dan laungan azan dalam aduannya kepada Jabatan Perdana Menteri mengenai bunyi pembesar suara dari masjid tersebut.
Surat aduannya itu telah mencetuskan bantahan oleh beberapa NGO Islam yang diketuai oleh Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan Jumaat lalu.
Mereka mendakwa tindakan Ng itu telah menghina Islam.
Ng membuat permohonan maaf itu dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.
Sidang akhbar itu diadakan di pejabat Umno bahagian Lembah Pantai, yang diketuai oleh Raja Nong Chik.
Sebelum itu, Raja Nong Chik mengadakan pertemuan dengan Ng dan wakil-wakil kumpulan yang terlibat dalam protes tersebut.
Raja Nong Chik mendesak masyarakat menerima permohonan maaf itu, sambil menekankan ia berpunca daripada salah faham.
Mohon maaf (2)
Seorang pengetua wanita yang dikatakan telah membuat ucapan yang menghina masyarakat India di Malaysia, telah memohon maaf kepada para pelajarnya.
Menurut pengadu, AP Raja Retinam, yang juga ketua penerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia, pengetua tersebut memohon maaf pada jam 12.30 hari ini.
"Beliau membuat permohonan maaf kepada pelajar India hari ini, jadi
perkara itu ditutup," katanya.
Pengetua Zaini Mohd Zin dari SMK Taman Tasik Ampang di Selangor, dilaporkan telah menyebut perkataan 'paria' dalam ucapannya.
Beliau bagaimanapun kemudiannya memberitahu media bahawa ucapannya diambil dari luar kontak kerana beliau menyebut perkataan itu ketika merujuk pada novel 'Interlok' yang menarik banyak kontroversi.
"Beliau (kata) telah menggunakan buku itu sebagai rujukan. Inilah yang kami tidak mahu dan inilah sebabnya kami mahu buku itu diharamkan," kata Raja Retinam.

3 ulasan:
pas satu-satu deme buat hal. MCA ngan MIC dah buat hal. GERAKAN bile lagi?
Pergi jahanam dengan UMNO!!!
Mereka buat begitu nak tengok sapa melenting, kalau pembangkang melenting, tuduh menuduh nak tengok sapa kalah. Kalau mereka dapat buktikan bahawa orang pembangkang yang buat, dia akan panjangkan lagi. tapi kalau tak jumpa, maka waktu asal terpaksa muncul dan mengaku. sekali gus nak menunjukkan mereka lah hero dalam kes ini, boleh selesaikan segera.
Catat Ulasan