17 Januari 2011

Normala Sudirman calon PAS di Tenang


13 Safar 1432H.
Hazayani Zakaria

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Harakahdaily/-

9 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

salam leenoh,

sebaik saja cikgu Mala dipilih calon PRK Tenang,suaminya di arah bertukar ke Johor Baru......dlam masa 24 jam.

Begitulah kejamnya BN.

Ahmad Pas berkata...

Tahniah...Semoga Allah merestui perjuangan puan...Puan memang calon terbaik...Allah huakbar

Tanpa Nama berkata...

Malaysia dah kecil skrg....mana2 pun akan bersama2 dgn perjuangan dakwah.

Tanpa Nama berkata...

bukan zalim tapi maha zalim macam maha firaun

Tanpa Nama berkata...

ada lagi ke macam ni ye.. main tukar2.. gobloksisasi betul la umno/bn ni ye...

Tanpa Nama berkata...

apa dosa mengata orang ekkk???

UMNO MEMBELA TOKEH, MEMBULI ORG2 MELAYU berkata...

LEBIH BESAR LG DOSA, MEMFITNAH ORG MCM UMNO BUAT PD DS ANWAR IBRAHIM..

Orang tuo berkata...

semoga suami beliau tabah dan anggaplah ini mehnah perjuangan. Tak jauh pun setakat JB. Kalau ditakdirkan menang nanti, pencen awal bantu isteri dan buat kerja lain.. bumi Allah ini luas. Semoga Allah memberkati perjuangan kita. Amin.

Tanpa Nama berkata...

PERKARA BIASA LA BAGI AMNO KALAU TAK IKUT TOUKE KENALAH POS
KALAU NAK HIDUP SENANG TURUT LAA.CAKAP SANA JUTA CAKAP SINI JUTA
SEMUA BOLIH DIURUS KADANG KADANG HABUK PON TAK DAK
POLITIK MELAYU MEMANG MACAM TU LAMA LAMA TELONDEH SELUAR
PATI APA PUN KALAU TAK BETOI LAMA LAMA BOLIH ANGKAT KAKI
PASAI RAKYAT PANDAI DARIPADA ORG POLITIK.CUMA TAK CARI DOSA