12 Safar 1432H.
Oleh : Kuek Ser Kuang Keng
Kementerian Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat "mengawal isterinya".
Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimanapun ditarik semula selepas beberapa bantahan.
"Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawan isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS," kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun.
Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.
Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.
"Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).
"(Kami beritahunya) mereka tidak patut baut macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.
"Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof.
Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti.
Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.

5 ulasan:
Cikgu Makrof ditukarkan kerana isterinya nak bertanding pilihanraya kecil DUN Tenang, itulah sebabnya dan ada juga sebabnya tetapi ramai lagi guru-guru yang hanya pergi dengar ceramah atau menunaikan sembhayang Jumaat di masjid-masjid kelolaan PAS seperti masjid TGNA Pulau Melaka, masjid TGH di Rusila atau masjid At Taqwa Bt 6 pun ditukarkan.
UMNo memang puaka dan kepuakaan itu dan menular hingga ke jabatan2 kerajaan. Jabatan pelajaran negeri merupakan lubuk tempat membiaknya puaka2 tersebut. Sebab itulah dapat kita lihat bagaimana orang yang junior dari segi gred dan perkhidmatan dilantik jadi pengarah JPN, ketua sektor mahupun pegawai PPD. Kata nak memartabatkan pendidikan, HAMPEH!!!!!
Kepada pegawai2 di PPD dan JPN kalau betul nak jadi puaka belaan UMNo letak jawatan tanding pilihanraya nanti dapat perhati dan tengok berapa ramai guru-guru yang akan pangkah anda.
hijrah yg begitu besar,jdilah manusia yg berjiwa besar,kita bukan manusia yg mudah dicucuk hidung.semata2 nk mengejar kedudukan,atau pangkat,tidak lama dah rasullulah dok kat mekah.syabas cikgu....
Budaya tukar menukar 24 jam sudah jadi darah daging dalam pentadbiran kerajaan UMNO. Bubar 24 jam pun mereka gamak kalau dah tercabar kredibiliti masing2. Paling mereka bimbang bila anggota2nya pakat bersemangat waja, berfikiran terbuka dan selesa bekerja dimana saja.
Cuba2lah JPA semak anggota2 di satu2 Kementerian contohnya, Dari post paling atas sampailah ke bawah ada yang bekerja disitu dari mula dilantik sampailah sekarang. Lama tu..ada yang service lebih 25 tahun. Sampai pakat jadi kebal dan puaka. Kata orang Kedah tolak tak rebah, rebus tak empuk. Tambah2 Kementerian yang terkenal dengan mudah menerima sogokan.
Mereka bukan bekerja tapi berkeluarga. JPA dok buat apa??? Lena ka pejam mata, ke buat2 tak nampak. Takkan nak kena tangkap rasuah baru kita nak tukar 24 jam. Ataupun nak kena sokong PR baru kena tendang??
Zaman dah berubah. Persekiran kerja mesti sihat dan bersih jauh dari bersikap pilih kasih. 3 tahun sekali JPA kena buat pusingan kerja untuk anggota menikmati persekitaran kerja yang sihat.
Ada sebuah lembaga hantu di utara sampai laa ni muka2 macam tak berdosa masih kekal kematu disitu. Pejabat sudah jadi rumah mak bapak mereka.
Pastikan bila PR memerintah budaya puaka, kebal dan kematu ini dihapuskan samasekali. Sekiranya ada yang menyokong BN, terimalah dengan senang hati dan sambutlah cabaran dengan berlapang dada.
PPD dengan JPN lagi lah terkenal dengan campurtangan politik yang mencengkam guru2.
PTD paling tak guna sebab ksn hampeh!
Memang perangai orang UMNO macam tu...selamanya tak akan berubah...
YB, memang betui saya kata...UMNO cipta masalah, kemudian depa selesaikan masalah itu... tengok saja isu RMT untuk murid sekolah randah...tak sampai dua minggu la ni semua murid yang layak dapat macam tahun lepas dapat semula RMT... besok mula makan...lega le pengusaha kantin dan ibu bapa yang mengharap...Orang UMNO ni ibarat jawab soalan peperiksaan bocor.. dah tau soalan kemudian depa jawab...
Catat Ulasan