12 Rabiulawal 1432H [MOD] -
PUTRAJAYA 15 Feb. - Anggaran 4,000 masyarakat India tempatan dikenal pasti tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam.
Beliau berkata, keadaan itu berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya kurang pengetahuan serta beberapa masalah lain.
Sehubungan itu katanya, Kempen Mydaftar peringkat kebangsaan mulai 19 hingga 26 Februari ini mensasarkan untuk mendaftarkan sebanyak mungkin masyarakat India tempatan yang tidak mempunyai dokumen diri yang sewajarnya.
"Kempen ini merupakan platform untuk masyarakat yang mempunyai masalah tampil ke depan dan berusaha menyelesaikan masalah itu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan Kempen Mydaftar peringkat kebangsaan di sini hari ini. - Bernama

1 ulasan:
Soalannya.... bukankah mereka2 juga adalah pendatang haram yang cuba dibantu untuk mendapat Kad Pengenalan seterusnya mendaftar sebagai pengundi???
Catat Ulasan