15 Februari 2011

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Zakaria Yasin Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang.

12 Rabiul Awal 1432H.

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Zakaria Yasin Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang. PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Zakaria Yasin ( Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang ) 51 Tahun, diatas pemergiannya kerahmatullah awal pagi tadi.

Beliau merupakan, Pengarah Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiusaha PAS Kawasan Lumut, Ketua Penerangan PAS Kawasan Lumut dan Pengerusi bersama Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen LumutBeliau telah meninggal dunia jam 1.00 pagi tadi dalam perjalanan ke hospital setelah mengadu sakit dada, Jenazah beliau disembahyangkan di Surau MADAH Fasa 1A Seri Manjung jam 10.00 pagi tadi dan disemadikan di kampung Relau Batu Kurau, Perak.Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PAS Perak.

PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi PAS Perak, tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.

Salam Takziah
Ustaz Abu Bakar bin Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK )

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Arwah mmg baik orgnyer seorg pejuang yg betul-betul kommite dgn PAS.....saya kenali beliau semasa sama-sama bertugas utk memenangkan Ir.Nizar dun pasir panjang pru 2008, yg membuat saya terkilan ialah kerana x sempat menziarahi jenazah beliau berita lewat diketahui.....semoga ALLAH mengampuni segala dosa beliau semasa hidup atas muka bumi ini....Al-Fatihah.