28 Februari 2011

Dua saman dalam masa seminit

25 Rabiulawal 1432H. [MOD]

AIR KUNING - Ketika semua pengguna jalan raya menggunakan kesempatan terakhir hari ini, untuk membayar saman trafik, namun berlainan pula yang berlaku kepada seorang pengguna dari Kampung Sungai Kroh, di sini.

Tiga saman dalam tempoh 18 minit diterima di laluan sama menyebabkan timbulnya kekeliruan selain kategori kenderaan yang berbeza.

Pengguna, Khairul Anuar Mustapha, 49, berkata, semasa membuat semakan saman, dia terkejut kerana menerima tiga saman dalam sehari iaitu pada 25 Disember 2009 lalu.

Menurutnya, lebih menimbulkan kekeliruan apabila dua saman dikenakan dalam tempoh seminit dan jenis kenderaan yang dikenakan saman juga berbeza dari segi kategori kerana dua saman menunjukkan kategori kenderaan motokar, manakala satu lagi adalah kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Saya di saman di Kilometer 46 Jalan Ipoh - Teluk Intan di sini, dan saman pertama pada jam 12.33 tengah hari.

“Saman kedua pula dikenakan pada jam 12.50 tengah hari dan saman ketiga pada jam 12.51 tengah hari, kesemuanya saman ini adalah di laluan yang sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Khairul Anuar berkata, dia hanya memandu kenderaan jenis Perodua Viva, namun salah satu saman yang dikenakan menggunakan nombor pendaftaran yang sama tapi atas kategori MPV.

“Bagaimana pula perkara ini boleh berlaku sedangkan kereta yang saya gunakan adalah kereta biasa dan tempoh saman seminit ini juga mengelirukan,” katanya.

Katanya, saman yang dikenakan ke atasnya diterima dengan hati terbuka dan masih perlu dijelaskan pembayarannya.

“Namun sebagai pengguna, kami mahukan kepastian mengapa perkara ini boleh berlaku dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan kepastian tetapi gagal.

“Maklumat yang diterima daripada bahagian trafik berkaitan saman dalam tempoh seminit juga mengelirukan kerana mereka menyatakan kemungkinan saya melakukan pusingan U namun, jika difikirkan kembali, bagaimana saya boleh memecut dengan kadar segera dalam tempoh seminit selepas membuat pusingan U,” katanya.

Sinar Harian/-


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berlaku ketidakadilan di situ,,
penjelasan mcm nk lepas tgn..

LadaBiru berkata...

Perlu disiasat dan perlu diketahui situasi ini.Mungkin ada kenderaan lain yg menggunakan no.pend sama dgn tuan hamba.Itu satu penyelewengan.Terdapat banyak kenderaan curi yg mniru no.pend kenderaan orang ain.Harus dibanteras sebelum ramai lagi yg teraniaya dan sebelum tuan hamba terkena lagi.

Fooart berkata...

Polis Malaysia kan cekap gila......

Rakyat Tertindas berkata...

Saya kena saman ekor.Semalam saya pi tanya kat balai polis trafik, dia kata saman ekor ni macam main nombor ekor.Nasib la sapa terkena. Saya bayar, ok...tak apa. Tapi saya tak halalkan duit yang saya bayar dunia dan akhirat...kerana duit tu sepatutnya saya bayar untuk kos hospital bapa saya.Terpaksa pinjam dengan kawan.Saya seorang guru, tuan-tuan cuba tengok...anak2 polis la yang paling bermasalah disiplin dan pelajarannya tak cemerlang.Sebab apa...mak bapak dia digaji dengan duit haram..anak2 disuap makanan daripada api neraka. Yang sokong BN pula tunggulah azab api neraka. Saya tak halal duit yang saya bayar.Makanlah korang duit haram.Polis haramjadah...Umno dan BN pemimpin ke neraka!!!!!

Tanpa Nama berkata...

depa buat undang2 suka2 hati mak bapak diaorang. rakyat menanggung susah. Zalim sungguh.

Tanpa Nama berkata...

xpatot terjadi kejadian sedemikian..polis trafik perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah ....
rakyat tertindas:saye sokong dengan cikgu