28 Februari 2011

Masjid: Apa Najib kata jika hidup sezaman Rasulullah?

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat simpati dengan kejahilan pemikiran perdana menteri yang hanya menilai perjuangan Islam dengan jumlah masjid yang dibina.

Perasaan itu diluahkan beliau melalui laman facebook merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk 'Hanya bina dua masjid dalam masa 20 tahun' yang memetik kenyataan Datuk Seri Najib sewaktu berucap di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau semalam.

Najib didakwa mempersoal adakah PAS memperjuangkan agama kerana hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan.

Dalam responsnya itu, Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS membayangkan adakah Najib akan mengeluarkan kenyataan sama jika hidup di zaman Rasulullah s.a.w. di Madinah dahulu.

Ini kerana, pada zaman tersebut, baginda hanya membina sebuah masjid sepanjang 10 tahun memerintah Madinah.

"Saya membaca kenyataan Perdana Menteri Malaysia di dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari ini.

"Terdetik di hati saya, jika beliau (Najib) berada di zaman Rasulullah s.a.w., adakah kenyataan ini juga akan dikeluarkan bila melihat Rasulullah s.a.w. hanya membina sebuah sahaja masjid sepanjang 10 tahun mentabdir Madinah?"soalnya.

Tambahnya, penilaian sebegitu juga telah mencerminkan pemikiran Najib yang diracuni fahaman sekular mirip pemikiran bekas Perdana Menteri Turki, Mustafa Kamal Antartuk.

"Wallahu'alam. Pemikiran ala Kamal Atarturk sukar dijangka...," tambahnya.

Dalam laporan akhbar pro Umno itu juga, Najib berkata rakyat tidak seharusnya melihat hanya PAS memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.

Tambahnya lagi, umat Islam juga tidak boleh mengukur keislaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah.

Harakahdaily/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dah peruntukan kewangan projek dibawah Pembangunan hanya di pengang oleh kerajaan pusat apa nak cakap???... dah duit konsesi minyak yang sepatutnya di terima bersama oleh Kelantan juga tidak di beri... apa nak cakap..... sudah lah najib rakyat bukan bodoh...

Qaseh Bonda berkata...

Bina dua masjid gah di putrajaya tapi tak ingat nak imarahkan masjid buat apa. Sekarang dah guna pakai masjid besi pulak kat putrajaya.

Bina masjid bukan macam bina pusat2 hiburan yang tumbuh macam cendawan. Tak takutkah pada Maha Pencipta jika disebalik pembinaan mesjid tu ada yang kaut keuntungan berlipat ganda.

Kata pergi luar negeri tak berenti. Dah semua tak kena dengan tok guru, cuba tengok di dunia sana macam mana manusia mengimarahkan masjid.

Rakyat yang buta kayu pun nampak macamana kalau nak dibandingkan dengan suasana masjid di putrajaya.

Hari Jumaat pun tak penuh saf.

Itu pun ada hati nak rapatkan saf. Cakap tu biar sama dengan yang kita bikin. Takat nak bodoh mak cik2 felda tu. Fine lah!!

Jadilah PM felda, duduk dalam felda, makan dan tidur pun dengan felda. Mati je belum tentu kat mana.

Jadilah felda seperti dan seumpama perkampungan orang asli.
Kabarnya ada orang asli nak ke mesjid sembahyang Jumaat pun kena bayar.

Kalau bina masjid pun ada kawtim...tok sah dok perlekehla kat PAS kenapa tak buat masjid banyak2.

Tanpa Nama berkata...

tahniahlah umno kerana menguruskan duit rakyat pembayar cukai dengan amanah bagi membanyakkan masjid.. baguislah, cuma banyak juga masjid yang tiang dalam masjid tu lebih banyak dari jemaahnya..dan ada pengerusi masjid yang hanya datang sekali seminggu ke masjid..Lee kUan Yu di seberang tu pun buat masjid juga...layakkah dia digelar pejuang islam?